Laku keras betul roti Gardenia Toast’tem Pandan Kelapa ni. Letak habis letak habis agaknya. Biasalah baru baru keluar memang ramai orang cari. Dah tu semua cakap sedap pulak. Lagilah buat orang tercari cari roti gardenia pandan kelapa ni.

Macam biasa kalau benda viral. Lambat sikit baru nak mendapat. Memanjang sold out tanpa sempat beli. Tengok tengok rak dah kosong. Lepas ramai dah cuba dan kurang membeli, barulah ada stok hujung hujung untuk kita yang belum sempat merasa lagi.

Roti Gardenia Toast’em Pandan Kelapa

Roti keluaran Gardenia baru jenis roti Gardenia Toast’em. Roti Toast’em ni adalah jenis roti bakar yang berperisa. Ada perisa butterscoth dan Choco Raisin. Terbaru, Pandan Kelapa seperti yang diwar warkan. 

Harga roti Gardenia Toast’tem Pandan Melaka, RM4.70. Mahal ke murah? Tapi biasalah, roti berperisa ni lebih mahal sikit harganya berbanding roti putih biasa.

Roti Gardenia Toast’em Pandan Kelapa

Inilah dia rupa bungkusan roti gardenia hijau kena dengan tema pandan kelapa. Rotinya harum dengan aroma daun pandan serta berwarna hijau muda. Dalam gambar agak kurang kelihatan warna hijau. 

Diserikan dengan tompok tompok gula melaka dengan rasa yang manis. Gabungan pandan dan gula melaka yang sedap menjadikan roti Gardenia Toast’em Pandan Kelapa kegemaran ramai.

Roti Gardenia Toast’em Pandan Kelapa

Katanya dibakar lagi sedap. Ye, memang sedap gila! Saya bakar guna pan je. Lebih cepat. Rasa macam makan roti putih bakar di sapu kaya. Makan begitu saja pun dah sedap. 

Mewah dengan rasa pandan dan seperti di sapu kaya. Rasa gula melaka yang tak terlalu manis. Sedap sedap!

Roti Gardenia Toast’em Pandan Kelapa

Tekstur roti gardenia yang lembut tak pernah mengecewakan. Tapi AWAS!!! roti ni tak sesuai untuk mereka yang berdiet ye. Sebabnya :
  • Tinggi lemak
  • Rendah serat
  • Tinggi GI (Glycemic index)

Baca juga : roti gardenia untuk diet


Untuk diet, boleh pilih roti Gardenia Wholemeal atau roti Gardenia ala Eropah kegemaran saya.
  • Tinggi serat
  • Rendah lemak
  • Rendah GI (Glycemic index)
Ada yang dah cuba roti Gardenia Toast’tem Pandan Kelapa ni? Apa kata awak? Saya rasa perlu diteruskan keluaran roti Gardenia Toast’tem Pandan Kelapa ni sebabnya sangat kena dengan citarasa Malaysia. Kan?

Agaknya sekarang ni tengah fenomena pandan kelapa ke macamana? McD keluarkan kek pandan gula melaka even dah lama pun ada perisa kek ni. Cadbury pun ada keluarkan coklat bar pandan coconut juga. 

Aiskrim nestle tak ketinggalan juga buat aiskrim onde onde. Kira geng dengan pandan gula melaka & pandan coconut juga lah. Ini barulah citarasa Malaysia.