Belum masuk waktu cicipan (minum petang) dah mula berfikir nak makan apa petang ni ye? Kadang ada, kadang tidak. Ikut keadaan isi perut masih kenyang atau lapar. Kalau kenyang boleh skip cicipan terus makan malam.

Ubi kayu, salah satu bekalan dari kampung yang saya dapat bawa balik. Apa lagi, ada ubi kayu kita rebuskan je lah. Lepas tu buat sambal tumis ikan bilis campur belimbing.

baca juga : resipi sambal tumis ikan bilis belimbing buluh

Nikmat betul dapat makan ubi kayu rebus cicah sambal tumis. Haruslah sedap kalau suka makan ubi kayu dan sambal. Sempat lagi haritu saya ambil sepelepah daun pisang. Dapat juga buat props gambar. Ada lah beza sikit dari kebiasaan.

Ubi kayu rebus cicah sambal tumis ikan bilis belimbing buluh

Ubi kayu putih yang besar isi dia. Sebesar lengan. Lama sangat membesar dalam tanah tu tak digali. Jenis ubi kayu putih biasa ni dia banyak serat berbanding ubi kayu kuning

cicipan ubi kayu rebus cicah sambal

Tengok pokok ubi kayu mak tinggi lampai. Nampak sangat dah lama membesar tak digali. Nak petik pucuk ubi pun kemain tinggi. Jadi, kita galilah ambil ubi kayunya.

Pokok Ubi Kayu

Batang pokok besar dan susah nak cabut. Saya dan husband guna cangkul dan besi perejang tanah. Mula mula goyang pangkal batang pokok. Tengok gemburan tanah dia tang mana ada isi. Lepas tu cangkul sikit sikit supaya tak terkena isi ubi kayu tu.

Dah nampak baru di gali jauh sikit dari isi. Itupun ada yang terkena cangkul jugak. Adeh..Kerja orang tak pakar menggali ubi macam ni lah. Budak baru belajar. Mak abah tak dapat nak memantau. Kenalah gali pandai pandai sendiri. 

Isi Ubi Kayu

Lepas dah ambil isi ubi kayu, boleh pulak terlupa nak ambil pucuk ubinya. Ko dah kenapa Fiza oiiii??? Sebab penat menggali ubi kayu, auto terlupa terus. Sayangnya..