Orang lain sibuk buat rendang daging, saya buat rendang kerang. Rendang kerang ni menu semalam. Harini saya puasa. Tapi tak terfikir nak masak apa lagi ni untuk berbuka. Separuh kerang frozen yang saya beli dan buat sambal kerang.

Separuh lagi kerang frozen memang niat dah nak buat rendang kerang semalam. Puas hati dapat buat rendang kerang frozen ni. Mudah tak perlu kopek kulit kerang. Cuma sebelum masak rendang tu, saya rebuskan dengan serai dan juga halia serta garam sikit untuk lembutkan isi kerang.

Walaupun kerang frozen ni tak berbau tapi selepas rebus dengan serai dan halia tu sekurang-kurangnya hasil kerang tu lebih baik. Lembut dan tak berbau. Cepat juga proses masak rendangnya nanti tu. Kalau malas nak rebus, boleh je masukkan terus masa memasak rendang tu. Cara masing-masing.

Resipi rendang kerang frozen ni saya ikut cara masak rendang ayam je. Semua bahan sama dan kaedah sama je cuma beza dari bahan utama nya je kerang dan ayam. Saya suka rendang kerang berempah jenis menumis dulu. 

Ada juga rendang kerang tanpa santan. Tapi belum pernah lagi masak rendang tanpa santan. Macam tak feel pulak masak rendang tak rasa lemak santan. Ikut selera masing-masing.

Resipi Rendang Kerang Frozen

Resipi rendang kerang frozen

Cuci dan rebuskan kerang dengan serai, halia dan garam sikit. Dah masak, angkat dan toskan.

Bahan-bahan
Kerang frozen yang dah siap direbus
1 biji bawang besar *
2 ulas bawang putih *
1 inci halia *
1 inci lengkuas *
1 inci kunyit hidup *
Segenggam cili api *
2 sudu besar cili kisar
100ml santan (santan kotak, saya guna santan kotak kara lebih pekat)
1 sudu camca garam (saya guna garam bukit)
1 sudu besar gula perang
1 helai daun kunyit (dimayang halus)
Minyak untuk menumis
Air secukupnya (saya guna 1 cawan je sebab kerang dah dimasak dulu)

Cara masak rendang kerang

  1. Kisar bahan-bahan yang bertanda  *.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar tadi.
  3. Tumis sampai naik bau, baru masukkan cili kisar. Kacau rata dan biarkan sampai pecah minyak.
  4. Masukkan kerang dan kacau rata. Biarkan kejap. Baru masukkan air, santan, garam dan gula.
  5. Biarkan sampai kuah hampir kering. Sambil sambil tu kacau supaya bahagian bawah tu tak melekat hangit. Akhir sekali baru masukkan daun kunyit. Kacau rata dan siap!
Rendang kerang makan dengan apa sedap ye? Makan dengan nasi pun dah menyelerakan. Sedap juga makan dengan pulut, ketupat atau lemang. Semua pun sedap lah.

Kecur air liur tengok menu rendang kerang ni. Tapi dah habis semalam dah. Menu berbuka harini tak tahu nak masak apa. Macam beli je nampaknya.

Esok pun tak tahu nak masak apa untuk raya. Beginilah kehidupan raya perantauan.