Dah boleh agak PKPD akan dilaksanakan juga di Seremban sebab kes baru Negeri Sembilan tak turun turun. Situ je duduknya. Jadi, bila dah umumkan PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan) Seremban tak tahu nak rasa apa sebenarnya. 

Ikutkan rasa, memang sebolehnya taknak PKPD. PKP pun tak nak. Tapi nak buat macamana, dah itu kerajaan tetapkan. Yelah, untuk keselamatan kita semua. Memang kita semua dah penat. Frontliner pun dah penat teruk. Mental pun dah cepat koyak sekarang ni.

Sama-samalah kita berdoa semoga pandemik ni cepat berakhir dan urusan vaksin dipercepatkan juga.

PKPD Seremban Bermula 9 Julai 2021

Kawasan PKPD Seremban

PKPD di seluruh daerah Seremban, Negeri Sembilan akan berkuat kuasa bermula 9 Julai sehingga 22 Julai 2021. PKPD Seremban melibatkan lapan mukim iaitu:
  • Ampangan
  • Labu
  • Lenggeng
  • Pantai
  • Rantau
  • Rasah
  • Seremban
  • Setul

Baru-baru ni dengar cerita cucuk vaksin kosong. Ada yang datang cucuk vaksin, dah tahu positif Covid tapi tak bagitahu. Satu hal pulak nak sanitize PPV (Pusat Pemberian Vaksin). Macam-macam hal. Bukan mudah nak kawal rakyat yang bermacam perangai ni.

Benar, bukan masanya untuk menunding jari. Doakan Malaysia cepat sembuh segera. Tak sabar nak keluar bebas kemana saja tanpa face mask dan tanpa surat rentas daerah rentas negeri and whatsoever lah.