Dah masuk bulan Julai. Bermakna dah setengah tahun 2021 berlalu. Fasa pertama Lockdown yang tak berapa lockdown masih belum move on lagi ke fasa kedua. Terkejut dua hari ni kes baru melonjak ke 6 ribu lebih. Harap cepatlah move on ke fasa seterusnya. Aaaminn...

Masuk bulan baru harapnya ada perubahan lah. Kita doa sama-sama ye. Apa nak cerita bulan Julai ni pun tak tahu lah. Harap yang baik baik je lah. 

july 2021 calendar

Count you blessing.
Then, which of the favours of your lord will you deny?
Surah Ar-Rahman

Holidays in july 2021 boleh tahan banyak juga. Nak cerita pasal cuti, cuti pun tak dapat kemana-mana. Nanti hati tersakiti pulak. Lagi lagi macam dah terasa bau bau tak dapat balik kampung cuti raya haji nanti. Bertabahlah kita semua dalam tempoh PKP ni.

Holidays in July 2021/Cuti Umum Bulan Julai 2021

7 Julai (Rabu) : Hari Bandar Warisan Dunia Georgetown (Pulau Pinang)
10 Julai (Sabtu) : Harijadi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang (Pulau Pinang)
17 Julai (Sabtu) : Hari Keputeraan Raja Perlis (Perlis)
19 Julai (Isnin) : Hari Arafah (Terengganu)
20 Julai (Selasa) : Hari Raya Haji (Semua Negeri)
21 Julai (Rabu) : Hari Raya Haji Hari Kedua (Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu)
22 Julai (Khamis) : Hari Sarawak (Sarawak)
30 Julai (Jumaat) : Hari Keputeraan Sultan Pahang (Pahang)

july 2021 calendar

Be grateful that you don't have everything you want. That means you still have the oppurtunity to be happier tomorrow than you are today.