Oren lagi? Ye, begitulah kehidupan seorang pencinta oren sejak akhir akhir ni. Tersuka pulak dengan buah oren. Setiap kali makan, potong sebiji buah oren. Potong 8, 4 potong seorang. 

Selang seli dengan buah jambu batu. Potong 8 juga, lepas tu potong kecil lagi. Simpan dalam bekas, letak dalam peti ais. Nak makan ambil je. Kalau tak dipotong, lamberrrtttt lagi nak habis. Dasar pemalas kadang tu nak potong buah. Bila dah potong, laju je habiskan.

Buah oren dan buah jambu batu, dua jenis buah yang kaya dengan vitamin C. 

Pesan kat suami beli oren katlego sitrus tapi tak ada. Ada buah oren navel je katanya. Macam pernah dengar buah oren navel. Tak silap buah oren navel ni manis. Ye ke? So, setuju kan je lah beli buah oren navel.

Buah Oren Navel

Bentuk buahnya hampir bulat. Buah oren termasuk dalam keluarga citrus. Buah oren navel rasanya manis dan berjus. Isinya sebiji sebiji seperti limau barli. 

Dinamakan navel (pusat) berdasarkan struktur buahnya yang unik iaitu buah oren yang kecil akan tumbuh dalam isi oren seolah-olah bentuknya seperti mutasi. 

Merujuk gambar di bawah, nampak tak keratan rentas sepotong buah oren navel dihujungnya tu ada isi buah oren yang terpisah. Itulah yang dimaksudkan buah oren kecil tumbuh dalam isi oren.

Buah Oren Navel

Warna buah oren navel lebih kekuningan dan kulit buah oren navel agak tebal sedikit. Pusat dia pun tak berlubang tapi manis. Maknanya oren navel ni memang semulajadi manis ke macamana?

Buah Oren Navel

Memakan sebiji buah oren mencukupi untuk keperluan badan manusia. Samada dimakan terus atau dijadikan jus.

Selain dijadikan minuman, pati buah oren dijadikan bauan aromaterapi, bahan bahan pewangi atau dijadikan perisa makanan. Buah oren berbau manis dan menyegarkan. 

Kulit buah oren boleh dijadikan pewangi

Rebus kulit limau, masukkan dalam bekas terbuka dan letak di ruangan dapur, bilik tidur atau bilik air. Boleh tambahkan sensasi aroma cinnamon atau pudina untuk menguatkan bau. 

Yang ni saya belum buat, tapi macam nak cuba juga.

Khasiat buah oren

Buah oren mengandungi vitamin dan mineral yang baik untuk tubuh badan kita, antaranya :

1. Vitamin C
Berperanan dalam pembentukan kolagen. Pembentukan kolagen yang baik sangat diperlukan untuk pembentukan ligamen, tendon, kulit, pembuluh darah dan tulang. Ia juga membantu proses penyembuhan luka.
  • mencegah penyakit kanser.
  • mencegah kerosakan sel akibat radikal bebas yang mencetuskan pelbagai penyakit.

2. Karbohidrat
Serat yang terdapat di dalam karbohidrat ini melambatkan proses pengosongan perut, pencernaan dan penyerapan khasiat makanan.
  • sesuai bagi individu yang berusaha menurunkan berat

3. Folat
Menurunkan kadar homocystein yang merupakan racun bagi dinding pembuluh darah.
  • menurunkan risiko penyakit kardiovaskular. Selain daripada itu, buah oren juga mengandungi potasium, kalsium, thiamin, niasin, vitamin B6, fosforus, ribofl avin dan asid pantothenik (pantothenic acid).

sumber : https://www.facebook.com/majalahrasa/photos/info-rasa-nikmat-kesegaran-sebiji-orenasal-usulbuah-oren-berasal-daripada-negara/10152470664058739/