NASIYA, sebuah telemovie khas sempena ramadhan arahan Osman Ali akan disiarkan pada hari Sabtu 1 Mei 2021. Menampilkan barisan  pelakon hebat Norzizi Zulkifli, Izzuan Fitri, Elfira Loy, Naque Ariffin, Zack Zabhas, Akmal Ahmad dana ramai lagi. 

Saksikan telefilem Nasiya di slot citra exclusive Astro Citra. Boleh juga strim on demand menerusi aplikasi Astro GO, Astro PVR Box atau Ultra Box.

Telemovie Nasiya Citra Exclusive

TELEFILEM NASIYA

Waktu siaran : Sabtu, 1 Mei 2021, jam 9:00 malam
Siaran TV : Astro Citra HD 108 | SD 128
Pengarah : Osman Ali
Produksi : Nuansa Film
Penulis Skrip & Idea Asal : Siti Jasmina

SINOPSIS NASIYA

Demi lari dari kesengsaraan kehidupan pada masa lalu, Ihyana mengambil keputusan untuk bersekutu dangan syaitan dan membawa ajaran baru. Peluang kedua untuk hidup membawa Ihyana jauh terpesong dari landasan kehidupan yang sebenar.

Berkisarkan tentang manusia yang hidup berpaksikan kuasa syaitan semata-mata mahu mencari syurga yang palsu. -Osman Ali

PELAKON NASIYA

  • Norzizi Zulkifli
  • Izzuan Fitri
  • Elfira Loy
  • Naque Ariffin
  • Zack Zabhas
  • Akmal Ahmad