Entah kenapa saya suke dengan something yang retro, vintage, classic, rustic dan sewaktu dengannya. Moden style pun suka juga tapi more back to retro lah. TERberkenan dengan Retro Style Notes Clips yang super duper comel ni.  

Base dia diperbuat daripada kayu dan holder dia daripada besi rustic. Retro Style Notes Clips bentuk rumah ni saya beli dah lama. Lepas tu husband berkenan pulak. Nak letak juga kat meja dia. Maka, saya pun tumpang sekali beli lagi bentuk kucing pulak.

Retro Style Notes Clips-Home

Retro Style Notes Clips bentuk muka kucing ni boleh guna both sides. Dua dua side pun comel bentuk muka kucingnya.

Retro Style Notes Clips -Cat


Retro Style Notes Clips-Cat
style 1

Retro Style Notes Clips-Cat
style 2


Retro Style Notes Clips ada pelbagai bentuk seperti bulb, bird, flower, cactus, pear, cat, flamingo, envelope, star, car, christmas tree, house dan gift.

Ikutkan semua comel. Tapi nak beli banyak banyak nak buat apa pulak kan. Saya beli untuk letak kat meja workspace merangkap props untuk gambar juga. Ada tujuan disitu.

Harga dia RM2.80 satu. Nak murah kena beli yang dari China lah. Dapat harga murah RM1.++. Tapi malas nak menunggu lama, cari local seller yang harganya tak mahal sangat.

Lepas beli ternampak ada local seller jual lagi murah dengan harga RM1.++ je. Aduh! Siapa suruh tak survey betul-betul. Kalau tak dah jimat dan boleh dapat lebih lagi. 

Itulah dia. Kat shopee ni kena rajin survey dan baca review. Kalau tidak menyesal terbeli yang harga mahal sikit. Nasib baiklah comel.