Blog sedang carca merba. Jangan pening sudah! Sikit je lagi nak siap. Hari isnin yang pening dengan menghadap coding, menghadap design banner, petang nanti sambung menyiapkan tempahan sampul raya hipster. Anda rasa saya ada masa untuk pening kepala? heh!

Rileks sebentar dengan red velvet cake Family Mart. Kat Family Mart tu apa je yang kau tak tergoda. Semua dipandang sedap! Tapi ini husband yang belikan. Kalau saya beli, bukan ni je yang saya angkut bawak balik. Banyak lagi kawan-kawan dia yang akan diangkut.

Tapi mujurlah kalau masuk Family Mart semua yang sedap dah habis dulu. Red Velvet cake Family Mart ni comel je. Sebesar brownies macam Secret Recipe.

Red Velvet Cake Family Mart

Comel packaging dia dengan bekas plastik yang praktikal, ketinggiaan depan dia rendah sikit daripada belakang. Mudah untuk makan kek. 3 Cebisan pink ala kelopak sakura kat atas tu saya tak pasti apa bendanya. Salutan cream cheese dia tebal kemain lagi.

Red Velvet Cake Family Mart

Bagi saya seorang peminat red velvet, Red Velvet Family Mart ni memang sedap dan moist. Packaging macam ni sesuai juga untuk dijadikan hadiah kek birthday untuk someone. Kan?

Red Velvet Cake Family Mart