سلام جمعة 
10 lagi jika panjang umurnya dan jika Allah izinkan, dapatlah kita bertemu lagi di bulan Ramadan. Seperti tahun lepas, kita masih sambut dalam suasana norma baharu selagi COVID-19 masih bermaharajalela.

Kita teruskan berdoa supaya Allah lindungi kita semua dan berikan kesihatan yang baik. Allah sebaik-baik perancang dan pasti ada terselit hikmahnya disebalik apa yang berlaku. Tenang tenang je. Tenang is good.

Marilah kita buat persediaan menyambut Ramadan. Semoga Allah terima segala amalan ibadah kita. 

Checklist Persediaan Menyambut Ramadan
sumber : ismakualalumpur.com

Persediaan Menyambut Ramadan

  • Taubat daripada dosa dan kesalahan serta menjauhi semua tabiat buruk yang biasa dilakukan.
  • Mula mendidik diri untuk bangun solat tahajjud dan melazimi ibadah-ibadah sunat seperti puasa sunat, membaca Al-Quran dan zikir harian sebagai pelatihan diri untuk menghadapi bulan Ramadan.
  • Hias rumah sebagai tanda kegembiraan menyambut Ramadan.
  • Baca dan buat semakan hukum-hakam puasa untuk memastikan kesempurnaan puasa.
  • Ikhlaskan niat dan berdoa agar Allah memberi kesempatan untuk bertemu bulan Ramadan.
  • Jaga kesihatan diri supaya tidak terlepas peluang beribadah.
  • Sentiasa mengingatkan diri dan orang lain tentang kedatangan Ramadan.
  • Rancang agenda harian sepanjang bulan Ramadan dengan aktiviti bermanfaat tanam azam untuk melakukan yang terbaik dan tekun dalam mengerjakan amal ibadah.