Isu Narcissistic Personality Disorder (NPD) atau dalam bahasa melayu Kecelaruan Personaliti Narkistik pernah tular di media sosial. Memang gigih ye yang mengkaji tentang NPD seseorang tu. 

Narcissistic Personality Disorder (NPD)  @Kecelaruan Personaliti Narkistik

Apakah NPD

Narcissistic Personality Disorder (NPD) atau Kecelaruan personaliti narkisistik merupakan gangguan personaliti. Ianya berlaku dalam jangka masa panjang. Ciri-ciri NPD adalah perasaan penting diri yang berlebihan, keperluan untuk dikagumi yang berlebihan dan kurangnya rasa empati terhadap orang lain.

Individu dengan NPD akan sentiasa menghabiskan masa untuk berfikir tentang mencapai sesuatu dan kejayaan, atau pada penampilan mereka sendiri untuk dikagumi orang lain. Mereka juga akan memanfaatkan orang di sekeliling mereka untuk mencapai kejayaan sendiri. 

Tingkah laku narkisistik biasanya terjadi dan bermula pada peringkat awal dewasa dan boleh jadi berlaku dalam pelbagai situasi.


Punca Gangguan Personaliti

Punca gangguan personaliti atau NPD ni masih tidak diketahui. Keadaan NPD tergolong dalam gangguan personaliti kluster B dalam Manual Diagnostik dan Statistik Gangguan Mental (DSM). Diagnosis NPD ini dibuat oleh profesional penjagaan kesihatan yang menemu ramah individu yang mempunyai NPD. 


Rawatan NPD

Individu yang mempunyai gangguan keperibadian narkisistik biasanya tidak menganggap diri mereka mempunyai masalah kesihatan mental. Terapi itu sukar dijalankan. Rawatan untuk kecelaruan personaliti narkisistik pula masih belum dikaji dengan lebih baik.

Lebih kurang kira-kira satu peratus individu dipercayai terkena NPD pada satu ketika dalam hidup mereka. Ia lebih kerap berlaku pada kaum lelaki berbanding wanita sebenarnya. Dan biasanya dihadapi oleh golongan muda berbanding dengan mereka yang lebih berusia.

Personaliti narkisistik pertama kali dijelaskan oleh psikoanalis Robert Waelder, pada tahun 1925; selanjutnya, istilah kecelaruan personaliti narkisistik (NPD) diciptakan oleh Heinz Kohut pada tahun 1968.
sumber : wikipedia


Kenali Personaliti Narsistik @Narcissistic Personality Disorder (NPD)

  • Mempunyai perasaan diri penting. Pencapaian, bakat diharapkan dapat diiktiraf sebagai unggul tanpa pencapaian yang setimpal
  • Percaya bahawa dia istimewa dan unik dan hanya boleh bergaul dengan orang istimewa dan setaraf
  • Eksploitasi iaitu mempergunakan orang lain untuk mencapai tujuan dan matlamat sendiri
  • Tingkahlaku yang sombong dan angkuh
  • Keseronokan untuk selalu dipuja dan dipuji selalu.
  • Dibelenggu kejayaan, kecemerlangan, keindahan dan hubungan cinta yang ideal.
  • Mempunyai rasa kelayakan iaitu mahukan layanan dan pematuhan yang berlebihan.
  • Kurang empati tidak mengenali dan peduli perasaan dan keperluan orang lain
  • Percaya orang lain iri hati kepada dirinya.

Agak susah juga nak kenalpasti mereka yang NPD. Luarannya nampak sihat dan baik-baik je. Kecelaruan dalamannya kita tak tahu. Boleh jadi ada masalah mental juga. Kiranya yang ada NPD ni akan buat apa saja untuk mencapai tahap KPI keinginan yang dia mahukan. Janji puas hati ek.

Cakap pasal mental. Sakit pulak hati kita tengok drama tak sempurna mencintaimu episod akhir semalam. Tak puas hati dengan sad ending dia. Taqim meninggal ditikam Mellisa. Melissa pulak maut disebabkana accident. Kereta dibakar. Begitu je pembalasan yang Melissa dapat lepas membunuh Ayah Taqim suaminya sendiri, Mak Sirat dan anak Sirat. 

Drama je, tak payah emosi sangat. Harap adalah yang ambil pengajaran bukan sekadar tengok.