Salam Jumaat, 4 Ramadan. Pejam celik pejam celik 4 Ramadan dah. Berita mengejutkan bila semalam kes baru COVID-19 terus meningkat ke 2 ribu lebih dah. Pelepasan raya pun mungkin ditangguh lagi. Aduh, raya diperantauan lagi nampaknya tahun ni.

Hari ni last day saya dapat pelepasan. Nak tak nak terpaksa extend sebab mak masih belum keluar wad lagi. Harap result mak cepat keluar, luka kering dan kalau makan antibiotik biarlah kat rumah je. Hospital boleh tahan jauh, pergi balik sejam lebih jugalah tu. Segamat pun boleh tahan banyak trafik light. Mujurlah tahu ada jalan shortcut.

Pagi ni sempat ambil gambaran cik embun di pokok lain pulak. Tak tahu lah apa nama pokok ni. Berdaun je ke atau ada bunganya. Tak pasti! Ambil je lah gambarnya sebab nampak cantik embun bulat-bulat disitu. 

Kulihat Hijau

Pokoknya rimbun dengan daun. Dari jauh kulihat hijau. Semalam kat hospital hujan lebat boleh tahan juga. Tapi kat kampung hujan gerimis je. Jadinya siram lah pokok bunga mak. Dia pun risau dah tu pokok pokok bunga dia kat rumah ni. Mak oh mak.