Dapat surat pelepasan berkuatkuasa pukul 9:00 malam. Makanya lepas tarawih baru gerak balik Segamat. Walaupun perjalanan ambil masa 2 jam je dari Seremban, dia punya penat lain macam. Penat otak sekali banyak benda nak fikir.

Sampai Segamat, tidur kejap dah kena bangun semula sahur. Lepas sahur langsung tak tidur. Mengemaslah rumah apa yang patut.

Sejak mak masuk hospital, rumah tak terurus. Kakak yang baru sampai pun tak sempat nak mengemas. Anaknya dah 2 kali neb sesak nafa. Satu hal pulak kan.

Jadinya tengahari lah baru giliran saya pulak. Bawak bekal untuk mak sekali. Awal awal dah call mak tanya nak makan apa. Katanya masak ikan goreng je dah. Tak ada selera nak makan.



Urusan ambil pass dipermudahkan. Isi details dalam buku, dapat pass terus masuk wad. Penghuni wad tak ramai. Syukurlah. Ada sedikit jarak dan privasi. Mak dah siap makan rupanya. Takpelah, bekal tadi untuk makan petang je.

Sedih betul tengok kaki mak. 3 jari kaki mak dah takde. Sambil menunggu menyembang macam macam. Mak penat, mak tidur. Sementara mak tidur, taip sikit entri petang ni.

Pertama kali saya jaga mak di hospital sebab mak jarang sakit dan masuk hospital. Baru tahu suasananya. Cuaca panas. Lain macam panasnya. Kerusi pulak jenis kerusi biasa. Sah sakit pinggang duduk lama macam ni. Tapi takpe, itu sakit yang indah. Haishh sambil menaip mahu menitis air mata ni.