Semalam masuk wad, terus pergi ke kaunter nurse tu tanyakan bila mak boleh keluar hospital. Nurse kata  tak boleh keluar lagi. Lepas tu saya pun hulurkan surat kebenaran penjaga untuk extend kebenaran jaga sebab due date jaga sampai 19hb je. Nurse pun extend lah sampai 22hb. Dua kali extend dah.

Surat Teman Pesakit

Kebetulan ada doktor kat situ. Tanyakan pasal mak lagi. Semalam tu dah tanya. Doktor kata resultnya tak tahu lagi. Tunggu lab bagi result dalam sistem. Mungkin petang nanti katanya. Tapi tak janji. Apapun kena tunggu dan dia tak berani nak janji apa-apa. Okaylah, tunggu je lah dengan sabar.

Petang tu, doktor datang dekat katil mak bagitahu kuman masih ada lagi. Tapi tak tahu kuman apa. Cumanya doktor harap bukan kuman yang merbahaya sebab kalau bahaya nanti boleh menyebabkan jangkitan pada orang lain juga. 

Bila dengar doktor cakap macam tu, apa lagi yang kita boleh cakap. Redha dan doa semoga semuanya baik-baik je.

Dalam masa yang sama memang sedih lah mak tak dapat keluar wad lagi. Abah pun asyik bertanya dan risau. Dua dua sakit dan stress fikir. Dengan anak-anak lagi yang perlu balik semula sebab dah lama bercuti. Abah risau tak ada orang jaga mak kat hospital. 

Malam tadi saya pun terpaksa balik rumah, husband pun perlu teruskan kerja. Surat pelepasan pun dah extend sampai 19hb je. Nak tak nak terpaksa balik walaupun berat hati sebab mak tak boleh keluar wad lagi. Ikutkan nak tunggu sampai mak keluar wad dan sambung jaga kat rumah. 

Rentas negeri PKPB

Sampai di sempadan, polis dan askar siap sedia kawal sempadan. Macam-macam soalan dia tanya. Tengok details segala isi surat. Siap ambil rekod video atau gambar entah dari depan, saya perasan seorang askar pegang handphone macam ambil gambar je. Lama pulak tu sepanjang soal jawab tu. Video lah kot untuk rekod ke apa. 

Mungkin sebab kereta kami je masa tu yang ada, kalau banyak kereta mungkin soal jawab tu sekejap je kot. Balik pun tengah malam, mungkin suspicious lah macam tu. Seram pulak tengok askar pegang senapang tu ha. Dah habis soal siasat, polis suruh jalan.

Rentas negeri PKPB terkini

Sekarang nak rentas negeri semakin ketat. Pergerakan rentas negeri yang diluluskan hanya dibenarkan pada hari Isnin hingga Khamis sahaja. Pergerakan rentas negeri hanya dibenarkan bagi tujuan pekerjaan, kecemasan dan kematian (hanya melibatkan ahli keluarga terdekat iaitu ibu bapa, anak dan adik-beradik sahaja), perubatan, pendidikan serta pasangan jarak jauh.

Baru-baru ni kes rentas negeri surprise mak ayah, apa cerita pulak. Sebelum ni kes rentas negeri honeymoon. Kena jadi orang kayangan baru dapat rentas negeri agaknya. Bila ada hal emergency jadi susah pulak nak mohon kebenaran rentas negeri. 

Nak merentas negeri mak ayah sakit strict kemain. Harap nanti dapat sekali lagi balik kampung bergilir jaga mak abah. Sebab dua dua tak sihat. Abah pun kanser, risau something jadi. Mana lah larat nak jaga mak yang sakit. 

Mak dah boleh keluar hospital

Alhamdulillah tengahari ni, kakak whatsapp mak dah boleh keluar wad. Lepas tu abah pulak call bagitahu mak dah boleh keluar wad. Syukur Alhamdulillah... Call mak, suara mak pun dengar lebih semangat sebab boleh balik rumah dah.

Cuma terkilan jugalah tak dapat tunggu mak sampai keluar wad dan jaga kat rumah nak bagi mak adapt dengan keadaan mak sekarang di rumah. Kena duduk dekat dengan bilik air. Kena pakai selipar dalam rumah. Kena belajar pakai tongkat. Banyak nak kena ajar mak sebenarnya.

Kakak pun kena balik juga tu sebab anak-anak pun dah lama cuti sekolah. Mengharapkan kakak yang dekat tak perlu rentas negeri untuk gilir jaga mak pulak.

Prosedur kebenaran teman pesakit

Musim Covid ni memang tak boleh jaga pesakit dan tiada waktu melawat. Dalam kes tertentu inshaAllah boleh, ikut hospital juga rasanya. Apapun kena akur dengan peraturan serba baru musim Covid ni. Alhamdulillah dapat kebenaran jaga mak digunakan sebaiknya. Nak jaga kena ada surat kebenaran biru tu. Kalau tak ada, memang tak dapat lah cerita dia.

Lepas dapat pass kena isi borang saringan. Lepas tu check suhu dan submit borang. Setiap kali masuk jaga kena buat benda yang sama. Biar leceh sekalipun janji dapat jaga mak dan urusan dipermudahkan oleh Allah.

Pada yang bertanyakan hal mak saya dan doakan mak saya, Terima kasih banyak-banyak. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan. Aaaminn...

Nota : Maaf, urusan hadiah giveaway saya baru proceed harini mana yang dah bagi details tu.