Sektor pelancongan sudah kembali beroperasi. Zoo Negara kembali dibuka untuk orang ramai setelah operasi ditutup beberapa kali sejak PKP 1.0 dilaksanakan bagi mengelakkan penyebaran wabak COVID-19. 

Yeay! Tapi yang jauh masih lagi tak boleh rentas negeri nak menjejak ke Zoo Negara tu.

Ini berita baik juga untuk Zoo Negara. Sebelum ni dikatakan pengurusan Zoo Negara hanya bertahan sampai bulan April sahaja akibat terjejas dengan pandemik COVID-19. Sekiranya PKP masih dilanjutkan, Zoo Negara tidak dapat bertahan lagi.

Zoo Negara kembali dibuka 5 March 2021 Dengan Diskaun 20%

Pembukaan semula Zoo Negara telah mendapat kebenaran daripada pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) berikutan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Lembah Klang. 

Harga Tiket Zoo Negara

Harga tiket Zoo Negara adalah harga normal sebelum diskaun 20%.

harga tiket zoo negara
sumber : Zoo Negara

Bila Zoo Negara dah dibuka semula untuk pengunjung ni at least boleh menaikkan ekonomi juga. Zoo Negara telah mula dibuka pada hari Jumaat lepas 5 March 2021.

Bukan hanya itu, satu lagi tarikannya adalah diskaun 20% untuk harga tiket dewasa dan kanak-kanak sebagai. 

Inisiatif ni dilaksanakan pihak pengurusan bagi mengatasi masalah kekurangan dana untuk memastikan haiwan di Zoo Negara kekal terpelihara.

Kos ini juga untuk  menampung penyelenggaraan Zoo dan haiwan.

Rimba Reptilia

Zoo Negara juga telah mewujudkan rimba reptilia dimana ianya akan menjadi sebuah pameran reptilia terbesar di Asia.Kini hanya dibuka sebahagian sahaja sebelum dibuka sepenuhnya selepas siap semuanya nanti.

Zoo Fit

Selain itu, Zoo Negara juga akan melancarkan acara Zoo Fit 2021 sebagai salah satu acara tahunan untuk tarikan para pengunjung menyertai aktiviti riadah yang dianjurkan oleh Zoo Negara.

Ini bermakna, Zoo Negara akan bertambah meriah dengan berbagai aktiviti dan tarikan untuk pengunjung yang datang. 

Waktu Operasi Zoo Negara

9:00 pagi - 5:00 petang

untuk maklumat lanjut, zoo negara ticket purchase : www.zoonegaramalaysia.my

Yang dekat tu boleh lah bawa anak-anak adik-adik ke Zoo Negara. Sejak dibuka haritu ramai juga pengunjung yang datang tengok di berita. Ramai ramai tu, pandai-pandailah ye jaga penjarakan sosial dan kebersihan diutamakan.

Pakai mask dan stay safe.