Selepas berakhirnya kampong pisang bersiri-siri, satu lagi drama 'Projek Anchor SPM' akan ditayangkan. Projek Anchor SPM adalah drama premium Astro Originals yang akan ditayangkan bermula pada hari Isnin, 15 Mac 2021 di Astro Citra.

Projek Anchor SPM

Drama Projek Anchor SPM diinspirasikan daripada sebuah penipuan yang dirahsiakan berlaku di Malaysia. Drama ini akan bersiaran setiap hari Isnin jam 9.00 malam. Sebuah drama terbitan Alpha47 Films bersama Astro Shaw dibawah arahan Razaisyam Rashid bersama Anwar Ashraf.

Selain boleh ditonton di saluran Astro Citra 108HD dan 128 HD, boleh juga di strim On Demand dan Astro GO.

DRAMA PROJEK ANCHOR SPM

Jumlah episod : 8
Mula tayangan : 15 Mac - 3 Mei 2021
Waktu siaran : Isnin, 9.00 malam
Siaran TV : Astro Citra 108 (HD) & 128 (SD)
Penulis skrip : Anwari Ashraf
Pengarah : Razaisyam Rashid, Anwari Ashraf
Produksi : Alpha47 Films, Astro Shaw

SINOPSIS PROJEK ANCHOR SPM

Menceritakan kisah sekumpulan pelajar tingkatan lima di Sekolah Tengku Isa Anuar (STIA) di Cameron Highlands iaitu merupakan sebuah sekolah berasrama penuh berprestij.

Seorang pelajar bernama Aizat merupakan kapten pasukan ragbi yang disegani. Begitu juga dengan Hilmi, Ketua Pelajar dan Ketua Pengawas yang cemerlang. Botol, gelaran kawan baik mereka dan sentiasa bersama waktu susah dan senang.

Aaidaa pula pelajar yang paling cemerlang akademik di STIA. Tetapi dia suka menyendiri. Dia bersusah payah membantu adik tirinya, Jaja yang kurang mahir pendidikan untuk membuat persiapan peperiksaan terbesar iaitu SPM.

Aizat agak nakal dan telah beberapa kali mencuri keluar daripada kampus sekolah pada waktu malam. Akhirnya ditangkap oleh Pengetua Awang, pengetua STIA yang amat tegas.

Pengetua Awang memberi amaran kepada Aizat. Jika tak nak dibuang sekolah, dia perlu meraih keputusan 8A dalam peperiksaan percubaan SPM yang sudah hampir.

Aizat sangat terdesak dan  mencuba mencari jalan keluar. Akhirnya berjaya bersekongkol dengan Aaidaa dan menghasilkan sebuah rancangan untuk membantu rakan-rakan seluruh tingkatan mereka cemerlang dalam SPM melalui strategi meniru secara besar-besaran.

PELAKON DAN WATAK

  • Daiyan Trisha sebagai Aaidaa
  • Aedy Ashraf sebagai Aizat
  • Shasha Abedul sebagai Jaja
  • Nadhir Nasar sebagai Hilmi
  • Chubb-E sebagai Botol
  • Adlin Aman Ramlie sebagai Tuan Awang
  • Tony Eusoff sebagai Zubir
  • Daniella Sya sebagai Tai Ying
  • Susan Lankester sebagai Puan Rokiah
  • Fadhli Masoot sebagai Zaim
  • Taufiq Izmir sebagai Cheng
  • Hasnul Rahmat
  • Danish Hazriq

Cerita ni jangan ada yang betul betul buat pula meniru masa exam. Pertama kali pandang poster dan tajuk Projek Anchor SPM ni terus mengingatkan saya cerita Thailand bad genius. 

Projek Anchor SPM-Bad Genius-Cheaters-The Perfect Score

Okay, lepas tu ada yang kata bad genius bukanlah cerita asalnya pun. Cheaters, The Perfect score adalah cerita yang lebih kurang idea dia. Biasalah pusing pusing situ juga dalam industri. Tak boleh lah nak claim idea sendiri ke apa. Kadang kita pun dapat inspirasi orang lain juga. Kan?

Inspirasi okaylah jangan tiruvasi bulat-bulat betul. Pernah tengok versi Thailand bad genius je. Nak tengok versi Malaysia Projek Anchor SPM nanti. 2 lagi belum tengok.