Sedia maklum sekarang Malaysia mengalami musim panas. Bila panas, dia mulalah kejap pening dan cepat penat. Bila kurang sihat macam tu mood selera makan pun terganggu. Sumpah kadang tak selera makan. Tapi tak juga kurus. Mainkan perasaan orang betul.

Boleh tak kadang kadang dia ada satu penyakit yang malas nak melayan anak tekak ni. Datang mengada dia, satu makanan sedap pun rasa tak lalu makan. Kau makan je lah apa yang ada. Jadi kena ada stok roti atau biskut.

Biskut Oat Krunch Munchys ni sedap. Terpaling suka yang dark chocolate dan nutty chocolate. Oat krunch untuk diet boleh lah pilih dark chocolate.

Oat Krunch Munchys

Makan biskut wajib ada air panas. Tak kisah lah air apa, janji panas. Baru sedap buat cicah. Biskut ni kalau makan macam tu je pun dah sedap sebenarnya. Tapi dek kerana dah terbiasa makan biskut bercicah bagai, kena juga ada air panas.

Semacam tak biasa makan biskut tanpa air panas. Ke saya sorang je rasa macam tu entah.

Oat Krunch Munchys

Mood selera terganggu, idea pun ikut sama. Barangkali mood swing PMS. Haiyaaaa...tak dapat nak tolong. Tanda kena berehat lah tu.