Budak Tebing 2, drama melayu 2021 yang dinantikan. Drama Budak tebing 2 episod 1 akan mula bersiaran pada 18 Jun 2021, Rabu-Sabtu jam 9:00 di slot lestary TV3.

Budak tebing musim 2 dibintangi oleh Aedy Ashraf, Adam Lee, Eyka Farhana, Bella Dowanna, Fariz Isqandar, Firdaus Ghufran dan ramai lagi.

Budak Tebing 2  Slot Lestary (TV3)

DRAMA BUDAK TEBING 2

Jumlah Episod : akan dikemaskini
Mula tayangan : 1 April 2021
Waktu siaran : Rabu-Jumaat, jam 9:00 malam
Siaran TV : Slot Lestary TV3
Pengarah : Feroz Kader
Produksi : Country Universal Sdn Bhd

PELAKON DAN WATAK

  • Aedy Ashraf sebagai Tongki
  • Adam Lee sebagai Arif
  • Bella Dowanna sebagai Laura
  • Eyka Farhana sebagai Ira
  • Fariz Isqandar sebagai Yoyol
  • Imran Aqil @Ijeebster sebagai Pijoy
  • Firdaus Ghufran sebagai Talam
  • Zarina Zainuddin sebagai Sabrina
  • Fauzi Nawawi sebagai Afendi
  • Pablo Amirul sebagai Pablo
  • Syafie Naswip sebagai Paan
  • Nellisa Nizam sebagai Maria

SINOPSIS BUDAK TEBING 2

Mengisahkan kesinambungan drama Budak Tebing yang menceritakan kisah kehidupan Tongki, Arif dan Talam dalam meneruskan kehidupan masing masing selepas gagal memasuki Pusat Latihan Polis (Pulapol).

Tongki terpaksa menjaga ayahnya sambil bekerja. Akan tetapi dia sering disabotaj. Arif pula bermasalah dengan Yoyol yang masih belum menerima kepulangan ayahnya, Afendi yang tiba tiba muncul. Sebenarnya ayah mereka masih hidup. Yoyol tidak dapat menerima kenyataan itu.

Manakala Laura mengambil keputusan untuk tidak ke London. Dia juga cuba mencari ibu kandunganya. Ira pula cuba membantu masalah dua orang kanak-kanak gelandangan yang membawa kepada pendedahan sindiket dan dendam pada Budak Tebing.

Amin dan Amnad, dua watak baru yang berganding bahu bersama Tongki dan Arif dalam membanteras sindiket tersebut.