Terasa nak makan keropok keropok lekor crispy lah pulak. Kalau tak PKP, keluar jalan-jalan ada juga kedai tepi jalan keluar keropok lekor. Ini tak keluar, mana nak mencari entah. Makanya, kita carilah pembekal keropok lekor crispy dalam facebook page yang berdekatan.

Cari dan cari, jumpalah facebook seseorang yang menjual keropok lekor crispy seremban berdekatan dengan rumah. Tanya dan tanya terus buat pembelian. Beli 2pek (2kg) terus senang sekali beli. Free delivery sebab dekat sekitar kawasan berdekatan. 

Dapat-dapat je terus goreng. Sedapnya keropok lekor crispy ni. Kena betul dengan selera. Betul-betul rasa keropok lekor yang isinya penuh dengan rasa ikan. Luar dia rangup dan isi dalamnya lembut. 

Sos dia pulak pekat, manis dan pedas. Keropok lekor dan sos sama-sama sedap tak boleh bawa bincang. Rasa satu, rasa nak habiskan sorang satu pinggan. 

Keropok Lekor Crispy Lembut


Keropok Lekor Crispy POZI

Keropok lekor crispy Pozi adalah keropok lekor asli dan ori dari Terengganu yang terkenal dengan keropok lekor yang sedap. Dibuat dengan menggunakan tangan dan tidak menggunakan mesin untuk mengekalkan rasa asli keropok lekor Terengganu.

Kaya dengan isi ikan, lembut di dalam dan crispy di luar. Didatangkan dengan sos pencicah manis pedas. Hanya perlu goreng sekejap sahaja, jimat masa dan cepat dihidangkan.

Harga keropok lekor crispy

RM17/1pek. 1 Pek 1kg. Banyak betul dalam 1 pek ni. 

Keropok Lekor Crispy Lembut

Cara goreng keropok lekor crispy

Sebelum goreng nyahbeku dulu. Kemudian goreng tak perlu lama, hanya goreng sehingga kembang sahaja. 

Keropok lekor sememangnya sudah masak dan hanya perlu goreng sampai kembang je katanya. Kalau lama menggoreng keropok lekor akan menjadi keras kerana keropok lekor mengandungi isi ikan yang banyak.

Ikut selera saya, saya goreng lama sikit bagi garing sikit. Tak keras sangat, masih lagi cripsy. Saya suka! 

Keropok Lekor Crispy Lembut

Lengkap hidangan minum petang dengan secawan kopi Cappuccino Tora Bika pemberian Cik Sun, Blogger Sunah Sakura.

baca juga : Hadiah dari blogger Sunah Sakura


Betul lah, rasa Cappucino ni sedap! Siap ada Choco granule sekali tu. Secawan kongsi berdua, bertambah manis gitu.

Selain keropok lekor crispy lembut, ada juga keropok jejari losong RM9/pek, keropok keping ikan tamban RM12.00/500gram dan juga sos pencicah RM5/botol.

Untuk pertanyaan dan pembelian, boleh Whatsapp 010-560 1046 -Muhammad Afiq