Rezeki hari ni dapat makan nasi beriani ayam. Pagi tadi, mak datang singgah rumah kejap lepas pergi Pusat Kesihatan. Mak bagi Nasi beriani Warisan Hj Ayob. Salah satu nasi beriani yang popular di Seremban. 

Selalu juga beli nasi beriani warisan Hj Ayob ni kalau rasa teringin. Sedap dan murah. Itu yang jadi pilihan orang ramai kot. RM6.00 je untuk set beriani ayam. Murah kan?

Portion nasi banyak dan saiz ayam pun besar. Puas makan sorang. Tapi untuk saya, kena berkongsi berdua. Banyak sangat nak habiskan seorang. Atau boleh 2 kali makan.

Nasi dia memang sedap, kuah lauk pekat dengan rempah ratusnya terasa sampai ke dalam isi ayamnya. Tak pernah makan nasi beriani daging sebab kurang makan daging. Kambing lagilah tak pernah makan sebab tak makan. huhu... So far makan nasi beriani ayam je lah.

Nasi Beriani Warisan Hj Ayob

Menu Nasi Beriani Warisan Hj Ayob

Set Beriani Ayam  RM6.00
Set Beriani Daging  RM8.00
Set Beriani Kambing RM8.00
Lauk Beriani Ayam  RM4.00
Lauk Beriani Daging  RM6.00
Lauk Beriani Kambing  RM6.00
Nasi sahaja  RM2.00

Untuk Pembelian dan Tempahan Delivery/Self  pick up

http://www.wasap.my/60136870995Hanim
http://www.wasap.my/0134428913Fadzil

Sejak PKP ni mereka ada buat servis penghantaran bermula jam 9:00 pagi sehingga 2.00 petang. Atau boleh ambil sendiri di lokasi kedai  bermula jam 7:00 pagi sehingga 2.00 petang . Yang penting kena order dulu dan bagitahu nama semasa ambil order.

Lokasi Nasi Beriani Warisan Hj. Ayob

Sebelah Petronas Jalan Jelebu
Jalan Seremban-Jelebu 70400 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia