Sedia maklum, kita tahu bekalan pertama dos vaksin Pfizer-BioNTech untuk COVID-19 sudah pun selamat sampai di Malaysia. Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menjadi orang pertama menerima suntikan vaksin Covid-19.


Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menjadi orang pertama menerima suntikan vaksin Covid-19

Fasa I Februari-April : 500,000 petugas barisan hadapan
Fasa II April-Ogos : kumpulan berisiko tinggi iaitu warga emas berusia 60 tahun ke atas serta kumpulan rentan dengan masalah morbiditi seperti penyakit jantung, obesiti, diabetes dan tekanan darah tinggi selain golongan orang kurang upaya (OKU).
Fasa III Mei 2021-Februari 2022 : Golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas dari Mei ini hingga Februari 2022 tahun depan. 

Terdapat beberapa golongan/kelompok masyarakat yang tidak boleh disuntik vaksin COVID-19. Kecoh juga di media sosial berkaitan Isu golongan yang tak boleh disuntik vaksin ni terutamanya mereka yang Trying To Conceive (TTC) yang merancang untuk hamil.

Golongan Yang Tidak Boleh Disuntik vaksin Covid-19

1. Mereka yang mempunyai masalah elergi

Menurut Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC), ada beberapa orang yang pernah mengalami reaksi elergi selepas mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Disebabkan itu, CDC menyarankan agar individu yang memiliki reaksi elergi yang buruk terhadap salah satu bahan dalam vaksin tersebut supaya tidak mengambil suntikan vaksin Covid-19.

2. Golongan kanak-kanak

Vaksin Pfizer BioNTech sesuai untuk individu berusia 16 tahun ke atas. Manakala Vaksin Modeerna untuk individu berusia 18 tahun ke atas. Buat masa ini, suntikan vaksin Covid-19 belum dikaji dengan teliti kesan dan impaknya pada tubuh badan kanak-kanak.

3. Mempunyai gangguan imunisasi

Vaksin bertindak sebagai melindungi mereka yang memiliki kekebalan yang lemah atau termasuk dalam kategori berisiko tinggi. 

Individu yang sistem imunisasinya terganggu secara serius, menderita komplikasi kronik dapat mempengaruhi fungsi kekebalan vaksin.

Disebabkan itu, mereka yang memiliki gangguan sistem imunisasi tidak digalakkan untuk mengambil suntikan vaksin sehingga ada kajian terbukti tentangnya.

4. Wanita mengandung/Wanita Menyusukan Anak

Penyelidik mempercayai bahawa dos suntikan digunakan dalam vaksin Covid-19 mungkin tidak sesuai untuk kesihatan bayi yang sedang membesar dan dapat mengakibatkan kesan sampingan bagi wanita hamil dan menyusukan anak.

Apa-apapun sebelum membuat sebarang keputusan dan jika ragu-ragu boleh bertanyakan pada doktor pakar tentang masalah ini. Don't simply cakap lepas ambil vaksin tak boleh pregnant, tak boleh ambil vaksin kalau tak ada anak lagi. Haa macam-macam. Benak fikiran terus jadinya.

Persoalan Tentang Vaksin COVID-19 PFIZER-BIONTECH


SIAPAKAH YANG LAYAK MENERIMA VAKSIN COVID-19 PFIZER-BIONTECH? 

Semua penduduk Malaysia berusia 18 tahun yang layak boleh menerima vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech. 

Keutamaan diberikan kepada petugas barisan hadapan, mereka yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan COVID-19 seperti warga emas, pesakit dengan masalah perubatan seperti pesakit jantung, kencing manis, darah tinggi, asthma, kanser dan sebagainya. 

SIAPA YANG TIDAK LAYAK MENERIMA VAKSIN COVID-19 PFIZER-BIONTECH? 

Anda tidak layak menerima vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech sekiranya anda: 
  • mempunyai sejarah kemasukan ke hospital akibat dari alahan yang teruk; 
  • mengalami reaksi alahan yang teruk setelah menerima dos pertama vaksin jenama ini; 
  • mempunyai reaksi alahan yang teruk terhadap mana-mana vaksin yang pernah diterima sebelum ini; 
  • sedang hamil; atau 
  • sedang menyusukan bayi 

APAKAH HUKUM PENGAMBILAN VAKSIN COVID-19? 

Majlis Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam yang bersidang pada 3 Disember 2020 mengambil ketetapan bahawa hukum penggunaan vaksin Covid-19 adalah harus dan wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan oleh Kerajaan. 

ADAKAH SAYA DIBERI PILIHAN UNTUK MEMILIH JENIS VAKSIN COVID-19? 

Tidak. Penerima vaksin tidak dibenarkan untuk memilih jenis vaksin COVID-19 yang akan diterima. Ianya bergantung kepada bekalan stok sedia ada di pusat vaksinasi. 

APAKAH PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN SELEPAS MENERIMA SUNTIKAN VAKSIN COVID-19? 

Setelah menerima suntikan vaksin COVID-19, penerima vaksin perlu: 
1. Berada di ruang pemerhatian yang ditetapkan sekurang-kurangnya selama 15 minit. 
2. Anda mesti memaklumkan kepada petugas kesihatan atau mendapatkan rawatan segera sekiranya anda mengalami tanda-tanda berikut selepas menerima vaksin COVID 19: 
  • Kesukaran bernafas
  • Pembengkakan muka, bibir dan tekak
  • Denyutan jantung yang sangat cepat
  • Ruam teruk timbul di seluruh badan
  • Merasa pening dan lemah tubuh badan

3. Penerima vaksin perlu sentiasa mengamalkan norma baharu dan mengikuti langkah pencegahan penyakit COVID-19. 
4. Anda perlu menyimpan kad vaksinasi yang diberi oleh anggota kesihatan. Apabila anda mendapat dos pertama, anda akan diberi kad vaksinasi untuk menunjukkan bila anda perlu mendapatkan dos kedua Vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech. 

ADAKAH SAYA AKAN DILINDUNGI SEPENUHNYA SELEPAS MENERIMA VAKSIN COVID-19 PFIZER-BIONTECH? 

Vaksin akan mula menunjukkan keberkesanan melalui peningkatan antibodi dalam badan bermula dari hari ke-12 selepas dos pertama diberikan. Pembentukan antibodi akan meningkat secara mendadak selepas pemberian dos kedua. 

Ini bermakna, seseorang akan dilindungi secara optima selepas menerima kedua-dua dos untuk mengurangkan kebarangkalian kejadian penyakit COVID-19 yang serius. 

Walaupun seseorang itu telah menerima dos lengkap vaksin, beliau masih perlu mengamalkan langkah pencegahan seperti mengamalkan 3W iaitu Wash, Wear, Warn dan mengelakkan 3C iaitu mengelakkan Confined space (Sempit), Crowded (Sesak) dan Close conversation (Sembang dekat). 

Walau bagaimanapun, pada masa ini, tempoh perlindungan jangka panjang terhadap COVID-19 masih belum diketahui. 

BOLEHKAH SAYA MENOLAK UNTUK MENERIMA SUNTIKAN VAKSIN COVID-19 PFIZERBIONTECH? 

Anda boleh memilih untuk tidak menerima vaksin kerana penerimaan vaksin COVID-19 ini adalah secara sukarela. 

Sekiranya anda adalah petugas barisan hadapan, mempunyai penyakit kronik dan warga emas, penerimaan vaksin ini boleh mengurangkan risiko keterukan penyakit apabila anda dijangkiti.

SEKIRANYA SAYA MENGALAMI KESAN SAMPINGAN SELEPAS SUNTIKAN? 

Sekiranya anda mengalami kesan sampingan selain yang telah dinyatakan di atas, sila lapor ke klinik kesihatan terdekat dan dapatkan rawatan dengan segera. 

Terdapat kemungkinan kesan sampingan yang lain yang belum dilaporkan. 

BAGAIMANA SAYA BOLEH MENDAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT BERKAITAN VAKSIN? 

1. Untuk maklumat lanjut, sila bertanya kepada petugas kesihatan berhampiran 
2. Atau boleh juga melayari laman sesawang yang mengandungi maklumat yang lebih tepat dan dipercayai seperti: 
  • WHO: www.who.int 
  • CDC : https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/index.html. 
  • FDA : https://www.fda.gov/emergency-preparedness-andresponse/mcmlegal-regulatory-and-policy-framework/emergency-useauthorization

Cara Mendaftar Vaksinasi MySejahtera

Cara Mendaftar Vaksinasi MySejahtera

sumber : https://www.mstar.com.my/xpose/famili/2021/01/12/adakah-anda-termasuk-dalam-4-golongan-yang-tidak-boleh-dapatkan-suntikan-vaksin-covid-19