Kejap je dah hari sabtu. Sekarang tak boleh kemana-mana bila hujung minggu tiba. Tiada lagi keterujaan bila hujung minggu. Duduk je lah diam-diam kat rumah kalau tak ada urusan penting.

Zaman kanak-kanak dulu, balik sekolah hari jumaat tu dah riang ria dah sebab esok cuti. Kemain seronok sebab boleh berlamaan main tak perlu fikir kerja sekolah semua tu.

Teringat zaman kanak-kanak ni, mengingatkan juga biskut butang warna warni yang menarik. Asal warna warni ni memang budak-budak sukalah.

Biskut Butang

Biskut butang dikenali juga dengan nama biskut aiskrim, biskut gula icing dan biskut warna warni. Ada nama panggilan yang lain lagi tak?

Bahagian bawah dia biskut berbentuk sedikit lonjong. Topping atas tu gula icing keras yang pelbagai warna. Ada warna pink, putih, kuning dan hijau. Suka betul makan yang gula atas tu. 

Suka juga makan biskut butang kosong je. Dua dua pun suka. Jadinya dalam bekas tu tak ada lah tinggal biskut je.

Sebetulnya memang kena makan sekali ngap macam tu. Barulah boleh balance kan rasa gula yang manis tu dengan biskut. Tapi iyelah dulu budak-budak, makan manis manis je tahu. 

Biskut Butang
Biskut butang, dapat dari doorgift majlis kahwin
 

Siapa suka makan biskut butang warna warni ni, angkat tangan! Dulu suka lah sekarang biasa biasa je. Perasan tak kalau jajan lama-lama ni rasa dia pun dah berubah walaupun pek lama tapi rasa authentic zaman dulu tu dah tak ada. 

Amboii macam hebat betul boleh ingat rasa yang zaman dulu tu. Yakinnya kamu!

Yelah perubahan zaman kan. Mestilah rasa dia tak kekal sama. Pasti ada perubahan rasa tu. Yang sekarang ni topping gula tu macam so so je manis dia. Sedang sedang aja. Tak manis sangat. Mungkin dapat yang kurang manis atau rasa dia memang tak manis dah. Entahlah...

Sekarang dah tak susah nak jumpa biskut butang ni. Ada orang dah pandai buat biskut butang guna acuan biskut butang. Tapi bentuk biskut dia lain sikit lah. Ada juga yang buat biskut butang coklat rice. Boleh pelbagaikan ikut suka. Boleh juga dijadikan biskut raya.

Cara buat biskut butang : Resepi Biskut Butang

Bahan-bahan
250gm tepung gandum
60gm tepung jagung
20gm serbuk koko
300gm mentega
100gm gula aising
200gm coklat butang berwarna warni
2 sudu makan susu segar

Cara Penyediaan
1. Pukul mentega bersama gula aising sehingga kembang.
2. Kemudian masukkan campuran tepung gandum dan jagung berselang seli dengan susu segar. Adun sehingga sebati.
3. Setelah itu masukkan adunan ke dalam beg paiping.
4. Paip adunan menggunakan muncung (nozzle) paiping berbentuk bintang di atas dulang pembakar. Lakukan sehingga habis.
5. Seterusnya tekankan coklat butang berwarna warni di atasnya.
6. Akhir sekali, bakar pada suhu 160ºC selama 18 minit.

Kredit resipi : https://www.resepiana.com/resepi/resepi-biskut-butang/