Peminat Kampung People 2 sekalian, masih ingatkah lagi scene Kak Lina Pom Pom a.k.a Mona tengah vacuum rumah dan nyanyi lagu 4 dara tu? 

Empat Dara Duduk Di Tepi Sungai
Duduk Menjerat Si Ketamlah Batu
Haaa masukkk...

Kemudian, bonda Mona (lakonan Adibah Noor) sambung lagu 4 dara versi Adibah Noor. Kalau tak ingat boleh tonton Kampung People 2 Episod 6 ye. 

https://www.facebook.com/kertaspapel/photos/empat-dara-four-maidensempat-dara-duduk-di-tepi-sungaiduduk-menjerat-si-ketamlah/1866011250136463/
sumber : kertaspapel


Kenapa trending dan viral? Kak Lina Pom Pom upload video menyanyikan lagu tradisional Empat Dara dengan gaya bersahaja di instagram.

Gaya Kak Lina nyanyi dengan muka tanpa perasaan boleh cecah 1 juta view dan berpuluh ribu komen. Dengan itu, Kak Lina pun buatlah #4darachallenge. Maka ramailah yang join menyanyi macam Kak Lina.

Ada yang sebijik tiru fesyen tudung Kak Lina. Artis pun tak ketinggalan join sama. So far, versi Kak Lina Pom Pom paling win. Tak ada siapa boleh challenge.

Penyanyi Asal Lagu Empat Dara

Lagu ciptaan asal oleh Atan Penambang/ Ahmad Yusoh dan lirik oleh Ahmad Yusoh sendiri. Pernah dirakamkan oleh Ahmah Yusoh sendiri. Lagu ini biasa dinyanyikan oleh penyanyi Ghazal dan pop. 
Rentak muziknya yang catchy membuatkan ianya sedap di dengar. Lagu Empat Dara pernah dinyanyikan semula oleh Noranizah Idris, Allahyarham Datuk Sharifah Aini. S. Roziah, Fadzil Ahmad, Faizal Tahir dan ramai lagi.

Lagu Empat Dara Duduk Di Tepi Sungai

Lagu ini mengisahkan empat orang anak dara. Lokasinya di tepi sungai dan Kuala Sungai di bandar Muar. Pencipta lagu dan penulis lirik dikatakan ketika itu sedang bekerja di Syarikat Feri Penambang Muar, maka tercetuslah melodi lagu empat dara ni.

Pada zaman itu, Ahmad Yusoh juga merupakan jejaka yang tampan dan kacak yang digilai ramai anak dara. Apatah lagi berstatus artis, penyanyi, pemuzik dan pelakon bangsawan.

Dari pengalaman beliau, tercetuslah juga keresahan mencari pasangan hidup kerana terlalu ramai yang memuja dan perlu dipilih yang terbaik.

Maksud bait-bait pantun lagu Empat Dara.

Empat Dara Duduk DiTepi Sungai
Duduk Menjerat Seketamlah Batu

Ketika itu, sungar Muar kalau airnya surut akan kelihatan banyak hidupan laut seperti ketam, kupang, tiram, kerang, udang galah, belangkas dan lain-lain. Beliau berkias apa yang sedang dilakukan oleh empat orang gadis (anak dara) dulu-dulu di Muar. 

Baik Budi Eloklah Perangai
Sukar Dipilih Yang Manalah Satu
Nak memilih pasangan yang terbaik memanglah sukar. Mana tahu disebalik wajah yang cantik, ada budi pekerti yang elok.

Empat Dara Berpakaian Sedondon
Berbaju Putih Berkainlah Biru
Pandai Mengarang Seloka Dan Pantun
Sekali Pandang Rasa Tak Jemu

Apa yang diharapkan, lirik lagu empat dara ni boleh menjadi ikutan gadis melayu sekarang yang masih mempunyai ciri ciri kemelayuan dengan sifat sopan santun dan baik budi pekerti.

Begitulah ceritanya dari apa yang saya baca di blog MatGodak. Orang lama-lama tahulah lagu ni kan.

Lirik Lagu Empat Dara

Empat dara duduk di tepi sungai
Duduk menjerat si ketamlah batu
Manis rupa hai elok perangai
Sukar dipilih yang manalah satu

Empat dara berpakaian sedondon
Berbaju putih berkainlah biru
Pandai mengarang seloka dan pantun
Hitam manis hai pandanglah tak jemu

Empat dara duduk di tepi sungai
Duduk menjerat si ketamlah batu
Manis rupa hai elok perangai
Sukar dipilih yang manalah Satu

Empat dara hai denganlah lagaknya
Bersiar-siar sekeliling kota
Sekali pandang senyuman manisnya
Tak mungkin lupasepanjanglah masa

FOUR MAIDENS

Four maidens sitting by the river,
Catching mudcrabs,
Sweet looking and well mannered,
Hard to pick who shines out among them,

Four Maidens wearing matching dresses,
White blouse and blue sarong,
Very skilful at writing songs and rhymes,
Brown skin sweeties, your eyes won't get tired of

Lirik dan pantun orang dulu-dulu penuh dengan kiasan. Banyak maksud tersirat dia. Cuma sekarang dah banyak kosa kata lama tidak digunakan akibat peredaran zaman.