Sepi sekejap blog tak update sejak sabtu lepas. Nak blogwalking lagilah tak menyempat. Khamis lepas singgah kampung husband kat Pilah. 

Tidur semalam, esoknya jumaat balik kampung Fiza kat Segamat. Sabtu ada urusan, ahad hantar abah appointment kat Hospital Sultan Ismail, JB.

Fuhh, balik kampung tak dapat nak rehat dan tak duduk rumah sangat. Ada je urusan ke sana kemari. Semalam baru settle dan balik rumah. Hari ni lah barulah dapat nak menjengah blog pun.

Tak tahu nak mulakan dengan cerita apa. Update sikit lah performance blog azhafizah.com bulan September lepas dalam Google Search Console. 

Azhafizah.com September Performance On Google Search

So far so good lah performance blog untuk bulan September. Peningkatan boleh tahan juga tu. Bulan September rajin sikit update dan banyak entry. 

Tambah pula ada masa blogwalking. Traffik blog pun better than august. Alhamdulillah

Performance Bulan August

46.2K Clicks (Web)
163K Impressions (Web)
1.27K Pages with first impressions (estimated)

Harap bulan Oktober ni makin bertambah lagi. Kena usaha lebih lagi. Ada masa Fiza blogwalking eh. Nak recharge energy dulu.