Aduh, dilema seorang blogger bila nampak template blog yang lebih cantik dan dah terbekenan di hati. Mesti tiba-tiba rasa macam nak tukar template baru je kan.
Apatah lagi kalau template tu dah pakai lama. Sure ada rasa nak tukar rupa blog sekarang juga. Siapa macam tu? Kita geng! Susah kot nak setia pada template yang satu dalam jangka masa yang lama.
Kalau dulu sangat rajin tukar rupa blog. Paling tidak pun setahun sekali. Bila tahun baru rupa blog pun baru. Itu dululah, sekarang ni kena tengok mood.
Kalau dulu sangat rajin tukar rupa blog. Paling tidak pun setahun sekali. Bila tahun baru rupa blog pun baru. Itu dululah, sekarang ni kena tengok mood.
Kalau dah bosan, mulalah cari template blog baru. Ehem, bajet pun kena tengok dulu lah kalau nak melabur untuk rupa blog. Walaupun saya boleh design blog tapi sekarang saya dah tak buat design blog sebab customize blog ni makan masa untuk design dan edit coding bagai.
Bila charge sekian harga ada yang kata mahal. Mahal itu bersebab sebab tak mudah nak design. Fikirkan idea design dan juga kena edit coding agak memeningkan kepala kalau tak menjadi. Mungkin mereka tak faham.
Bila charge sekian harga ada yang kata mahal. Mahal itu bersebab sebab tak mudah nak design. Fikirkan idea design dan juga kena edit coding agak memeningkan kepala kalau tak menjadi. Mungkin mereka tak faham.
Yang pernah mengalaminya sahaja faham. Saya pun malas nak pening kepala dah. Sekarang beli dan download je ready made template di internet. Pilih je mana suka! Inilah rupa baru blog Sihatimerahjambu. Barulah merah jambu!

Jenis saya, tak download template blog free sebab beli template premium lebih ada value dan ada keistimewaan sikit. Sesekali melabur untuk blog tak salahkan. Tapi kalau takde bajet, okay je guna yang free. Takde masalah pun.
Ikut masing-masing punya cara dan citarasa. Tak perlu pertikaikan dan tak perlu kecam sesiapa pun. Kalau ada yang nak order design blog dengan saya, saya akan sarankan beli terus dari internet sebab saya perasan blogger dah ramai guna template yang responsive dan minimalist design.
Saya pun taknak ketinggalan, nak juga gunakan template responsive dan masih maintain dengan minimal design seiring dengan peredaran zaman blog.
Bila beli template ni saya suka customize bagi nampak unik dan lain daripada yang lain. Iyalah kan, siapa yang suka kalau sebijik sama dengan yang lain. Mesti nak kelainan sikit untuk gambarkan identiti sendiri.
Kalau ada blogger yang nak sama sebijik design dengan saya, memang saya tolak permintaan tu. Sebabnya saya tak suka sama. Walaupun lebih mudah buat kerja copy paste tapi when i say 'NO' is No lah. Sorry ya.
Kalau korang pun mesti tak nak sama dengan orang lain. Betul tak? Kalau korang nak beli template tu silalah hadam betul betul setiap details yang diberikan tu.
Perati dan preview live blog supaya nanti lepas dah beli korang tak menyesal. Contohnya bila live preview ada read more sedangkan dalam details tu bukan auto read more, kena buat secara manual dengan klik jumplink masa compose entry.
Ahh sudah, rugi dah membeli sedangkan korang nak template yang auto read more. Nampak tak betapa pentingnya membaca dan fahamkan.
Tapi iyalah kan, template yang ready made ni tak semua yang ada dapat memenuhi citarasa kita. Mesti ada beberapa bahagian nak kena edit ikut citarasa sendiri. Kalau setakat tukar warna takde masalah.
Tapi nak tukar font, tukar style itu ini agak mengambil masa. Saya nak siapkan blog sendiri pun ambil masa, inikan nak buat blog orang lain yang macam-macam permintaan. Kalau saya boleh buat okaylah tapi kalau tak boleh buat ambil masa try and error sampai berjaga malam lah nak siapkan.
Eh, membebel pulak kan. Balas dendam dah lama tak membebel dalam blog. Well berbalik semula rupa blog saya kali ni, saya pilih warna merah jambu semula. Saya decide tukar rupa baru masa hari merdeka tu.
Sajalah ambil mood hari merdeka tukar template blog. Ambil aura merdeka sikit supaya ada mood lebih nak update blog lepas ni. Walaupun saya tahu banyak kesan lepas tukar template blog ni.
Demi melayan kata hati yang dah jatuh hati dengan template yang sangat unik dan sangat menepati mood buat masa ni. Apa pendapat korang tentang rupa blog baru ni?

Tak jauh beza sangat pun dengan template lama. Tetap minimal, gunakan font yang sama, warna berbeza dan layout pun berbeza. Sayang sebenarnya template yang lama. Tapi itulah kan, kalau dah terberkenan selagi tak dapat tak senang duduk gitu.
Kalaulah saya terlebih pandai bab coding ni memang saya susun elok-elok layout macam yang saya nak. Tapi itulah, tak berapa nak hadap sangat coding ni jadi pening. So kita gunakan je lah mana yang ada tak perlu pening-pening. Kalau bosan, tukar lagi. Err...

Kalau korang berminat untuk hire saya belikan, install dan edit template dari internet boleh contact saya terus dan saya akan kongsikan link untuk pembelian template.
Charge editing dan design simple header saya charge murah je. Tapi kena bagitau dulu nak edit yang macamana. Kalau saya boleh buat baru proceed. Kalau tak, surrender awal-awal lah.
12 Comments
Cantik, masih minimalist...simple....suka, sukaaa !
ReplyDeleteterima kasih Nona
Deletewow..cantik..:)
ReplyDeleteTerima kasih kak Nor
Deletecantik dan kemas. pandai edit sendiri memang bonus. kalo CT kontang kanting memang tatau hehehe..
ReplyDeleteTerima kasih CT. kene rajin mencuba try and error. kalau jadi, jadilah..huhu..kadang stress juga
Deletemasih nampak kemas dan tersusun :D
ReplyDeleteTerima kasih
Deletesaya suka saya suka!
ReplyDeleteTerima kasih ye
DeleteCantikkk!
ReplyDeleteTerima kasih nani
Delete