Hari Khamis pasar malam berdekatan dengan rumah. Balik kerja, Encik Suami teruslah singgah membeli. Saya kirim beli kacang kuda, ada pula buah berangan katanya. Tak jadilah beli kacang kuda, beli buah berangan je. 

Lama tak makan buah berangan. Rasanya kali terakhir beli buah berangan tahun 2022. Itulah kali terakhir beli buah berangan untuk arwah abah masa balik kampung. Buah berangan kegemaran abah. Masa sakit dapat makan sikit, kurang berselera. Tapi tetaplah jamah rasa sikit.

Buah berangan ni sentiasa mengingatkan saya tentang arwah abah. Dari saya kecil arwah abah suka beli buah ni. Kalau nampak orang jual, mesti beli. Dah jadi kegemaran satu keluarga dah.

Buah Berangan

Saya pun begitu juga. Kalau balik kampung tu, nampak orang jual mesti nak beli untuk abah. Sekarang tidak lagi. Tengok buah berangan pun rasa nak nangis. Rinduuu...

Encik Suami beli 100gram RM10. Dapatlah berbelas ketul macam tu. Boleh tahan mahal juga harga buah berangan ni sekarang ye. Isi dia macam kering sebab bukan masak kaedah rebus. Tapi masih lembut dan cukup empuk.