Hari Khamis pasar malam berdekatan dengan rumah. Balik kerja, Encik Suami teruslah singgah membeli. Saya kirim beli kacang kuda, ada pula buah berangan katanya. Tak jadilah beli kacang kuda, beli buah berangan je.
Lama tak makan buah berangan. Rasanya kali terakhir beli buah berangan tahun 2022. Itulah kali terakhir beli buah berangan untuk arwah abah masa balik kampung. Buah berangan kegemaran abah. Masa sakit dapat makan sikit, kurang berselera. Tapi tetaplah jamah rasa sikit.
Buah berangan ni sentiasa mengingatkan saya tentang arwah abah. Dari saya kecil arwah abah suka beli buah ni. Kalau nampak orang jual, mesti beli. Dah jadi kegemaran satu keluarga dah.

Saya pun begitu juga. Kalau balik kampung tu, nampak orang jual mesti nak beli untuk abah. Sekarang tidak lagi. Tengok buah berangan pun rasa nak nangis. Rinduuu...
Encik Suami beli 100gram RM10. Dapatlah berbelas ketul macam tu. Boleh tahan mahal juga harga buah berangan ni sekarang ye. Isi dia macam kering sebab bukan masak kaedah rebus. Tapi masih lembut dan cukup empuk.
6 Comments
lama tk mkn buah berangan
ReplyDeletesaya x pernah makan rasanya.. kalau pernah pun, x ingat macam mana rasanya..
ReplyDeleteLama dah tak makan buah berangan, hampir lupa macam mana rasanya.
ReplyDeleteFiza makan buah berangan ni mesti sambil bernostalgiakan.
eh ammi pun last beli buah berangan untuk ayah mentua. "kat jusco nanti ko belikan abah buah berangan la, beli sikit je abah teringin", katanya. Huhuhu...
ReplyDeleteSedapp buah berangan lemak2 gitu
ReplyDeleteSelalu sebut buah berangan org kaitkan dgn suka berangan he hee
Kadang-kadang makanan yang nampak biasa itulah paling kuat membawa kita kembali kepada momen kecil bersama insan yang dirindui.
ReplyDelete