Saya pengguna setia sabun herba TANAMERA sejak tahun 2024. Mulanya saya beli sabun TANAMERA Hibiscus untuk mencerahkan kulit. Sangat berkesan tapi sabun tu cepat betul habisnya. Mudah lembik bila kena air.
Jadi, saya tukar kepada TANAMERA Brown Formulation Body Soap pula yang tekstur dia agak keras sikit berbanding hibiscus. Saya potong lapan untuk penjimatan penggunaan. Kalau guna sebuku terus rasa macam cepat habis kalau tak ditos sabun tu.
Sekali cuba macam best pula. Teruslah pakai sampai sekarang. Setiap kali restock beli 2 buku terus kalau ada promo.



Jadi, saya tukar kepada TANAMERA Brown Formulation Body Soap pula yang tekstur dia agak keras sikit berbanding hibiscus. Saya potong lapan untuk penjimatan penggunaan. Kalau guna sebuku terus rasa macam cepat habis kalau tak ditos sabun tu.
Sekali cuba macam best pula. Teruslah pakai sampai sekarang. Setiap kali restock beli 2 buku terus kalau ada promo.

Brown Formulation (Brown Soap)
Sabun Tanamera khususnya brown formulation body soap adalah sabun herba yang mengandungi beras, kunyit, halia liar, dan kulit kayu manis. Sabun ini berkesan menanggalkan daki, menanggalkan sel kulit mati, merawat bau badan, melegakan radang kulit, mencerahkan kawasan lipatan dan melembutkan kulit.
Kalau jenis rajin scrub badan tu bolehlah guna sabun ni lebih mudah untuk digunakan. Bila scrub tu pun tak menyakitkan kulit. Boleh je guna hari-hari.
Kalau jenis rajin scrub badan tu bolehlah guna sabun ni lebih mudah untuk digunakan. Bila scrub tu pun tak menyakitkan kulit. Boleh je guna hari-hari.
Bau dia agak kurang menyenangkan hidung sikit pada mulanya. Sebab bau herba kan. Lama-lama guna dah terbiasa dengan bau tu. Sangat membantu mencerahkan kulit dan kulit pun licin. Bila bilas pun rasa bersih dan tak melekit.
Cara guna
Kena basahkan kulit dulu lepas tu baru gosok pada kulit. Dia kurang berbuih sikitlah tapi. Nak banyak buih kena basahkan sabun tu dan gosok dulu pada tapak tangan.

Sabun dibungkus dalam plastik putih ni. Sebelum ni bungkusan dia semua kertas. Dah tukar packaging baru yang putih. Beginilah rupa TANAMERA Brown Formulation Body Soap.
Saya potong lapan. Sepotong tu bolehlah guna untuk 4-5 hari macam tu. Kadang seminggu. Bergantung kekerapan penggunaan.

Pakai sabun ni kena konsisten lah. Setakat ni saya dah pakai berbelas-belas buku sabun dah. Sangat berkesan. Kulit jadi cerah, lembut dan licin. Beberapa kali sunburn, cepat jugalah kulit tu cerah semula. Nak putihkan bahagian tertentu pun boleh guna sabun ni.
Selamat digunakan sebab guna bahan-bahan herba semulajadi. Tak silap ada jual juga di Watsons. Saya beli online di shopee, beli terus dari TANAMERA baru yakin original. Harga RM20 lebih. Saya biasa beli kalau tengah sale dapat harga belas-belas je.
24 Comments
Menarik ni boleh la try beli nanti.
ReplyDeleteSilakan mencuba nanti Cie.
Deletefamous jugak brand ni...last time, one of my blogger frens (mira) rasanya jd agent/dealer utk product ni
ReplyDeleteYa, dah cuba baru yakin nak teruskan pakai sabun ni. Rasanya sabun ni dah lama kat pasaran kan. Cuma saya baru jumpa tahun 2024 tu dan pakai sampai sekarang. Product bagus, okaylah kalau jadi agent/dealer. Mesti ada orang cari produk bagus ni.
DeleteMacam best ja... Nak cuba la nanti...
ReplyDeleteSilakan cuba nanti Linda. Best pakai!
DeleteDulu rajin beli sabun ni sebab saya suka baunya. Memang best sental kulit dengan sabun scrub Tanamera ni.
ReplyDeleteMula-mula bau dia macam tak mesra hidung. Lama-lama rasa okay je bau campuran herba-herba ni kan. Best sangat menyental kulit tu, kulit bersih licin dan tak memudaratkan kulit walaupun pakai hari-hari.
DeleteThank you so much for sharing about this product! I hope you have a lovely weekend.
ReplyDeleteHappy to share. Thank you Linda. You too!
Deleteni ada dalam cart shopee saya sejak sekian lama. rasanya terpengaruh dgn affiliate kot. baca review dri akak ni barulah rasa lebih yakin utk checkout hahaha
ReplyDeleteboleh pakai kat muka ke?
Mula tu saja cuba. Macam best pulak. Tu yang terus konsisten beli dan pakai. Boleh je cuba pakai satu dulu tengok serasi ke tidak dengan kulit. Kalau tak serasi, kena stop pakai.
DeleteSaya pikir tadi Tanamera kopi. Di sini ada brand kopi terkenal namanya Tanamera 😄. Ternyata di sana brand sabun yaaa.
ReplyDeletePenasaran dengan aromanya. Saya sukaa kalau berbau herba
Eh bukan. Ni jenama sabun. hihihi...
DeleteBau dia best juga Fanny.
Bagus pula sabun TANAMERA ni. Kalau puas hati pakai dan kesan bagus, eloklah teruskan. Sayang pula kalau cepat habis, jadi eloklah Pizzah potong-potong sebelum digunakan.
ReplyDeleteYa, sebab puas hati lansung terus pakai sampai sekarang. A'ah jimat sikit kalau dipotong lapan tu. hihihi...
DeleteDulu dok guna produk Tanamera ni sebab molek. Tapi sudah berhenti sudah guna tak ingat kenapa. Macam nak kena cari semula ni. Suka bau herbanya
ReplyDeleteMaybe harga tu kot atau masalah dah selesai. Bau herba dia best juga. Tak menyesal beli dan guna. hihihi...
DeletePandai Fiza potong lapan terus sabun tu! Memang betul, kalau guna sebuku terus risau cepat lembik dan habis bila terkena air. Beli masa promo dapat belas-belas ringgit pulak tu, memang jimat sangat
ReplyDeleteSebab nak berjimat, kenalah potong lapan tu. Beli harga promo lagilah bertambah jimat membeli tu. Jadilah pengguna yang bijak. Gituuu..Hehehe...
DeleteSabun brown formulation Tanamera ni memang terbaik untuk exfoliate kulit! Banyak testimonial kata kulit rasa bersih dan halus.
ReplyDeleteBetul sekali. Ya, baca testimoni pun bagi feedback yang positif. Saya pun terpengaruh juga nak guna. Sampai sekarang masih guna.
DeleteTerima Kasih atas perkongsiannya.
ReplyDeleteSama-sama.
Delete