Masjid Agung Raja Hamidah Batam (MARHB)
Masjid Agung Raja Hamidah Kota Batam (dahulunya dikenali sebagai Masjid Agung Batam Centre) merupakan ikon keagamaan terbesar serta pusat ibadah utama di Batam. Masjid ini terletak di lokasi yang strategik, berhampiran pusat pentadbiran kerajaan bandar.
Pada asalnya, masjid ini direka oleh arkitek Achmad Noe'man dan terkenal dengan seni binanya yang unik, menampilkan bumbung berbentuk piramid empat sisi (limas) menggantikan kubah tradisional, yang melambangkan falsafah Melayu.
Selepas melalui projek pemulihan dan naik taraf berskala besar yang siap sekitar tahun 2024, penampilan masjid ini menjadi lebih megah dan moden dengan penambahan kubah utama yang menyerlah.
Masjid ini turut diberikan nama baharu, iaitu Masjid Agung Raja Hamidah, sempena Raja Hamidah (Engku Putri), seorang tokoh wanita penting dalam sejarah Kesultanan Riau-Lingga, sebagai penghormatan terhadap warisan sejarah rantau tersebut.
sumber dari : www.indonesia.travel.id

Dimulakan dengan langkah kaki kanan masuk masjid. Serba putih ruang dalam Masjid Agung ni. Kami confident jalan terus dan belok ke kanan, nak naik tingkat atas. Sekali dah naik setingkat, pintu tutup pula. Patah semula turun dan belok ke kanan.

Rupanya tak payah naik tangga pun takpe tadi, dari pintu masuk boleh terus ke kanan je. Best je duduk santai di lantai marmar yang sejuk ni. Tenang sungguh kalau berada di masjid.


Dapat ambil beberapa sudut ruang yang menarik di Masjid Agung ni. Ruang tengah ni luas betul macam Masjid Wilayah KL tu. Tapi ni luas lagi.


Gabungan warna putih dan biru ni dah jadi sebati untuk masjid besar begini. Mana-mana masjid mesti gabung dua warna ni. Kebanyakannya lah.

Ciri reka bentuk utama
- Bumbung bentuk limas tradisional atau piramid
- Elemen kubah moden baharu
- Menara masjid yang tinggi
- Seni bina berunsurkan kebudayaan Indonesia.



Ini je gambar yang kami dapat ambil sebab singgah kejap je. Kami tak berkesempatan nak pergi ke Masjid Tanwirun Naja, kubah ikonik bentuk tanjak yang popular di Batam. Mungkin di lain kali boleh singgah bila ke Batam.
24 Comments
lawa dalam masjid nya. maasa ke sana anak anak dah letih, kami tak sempat masuk dalam masjid pun masa tu
ReplyDeleteBetul, cantik sangat luar dan dalamnya. Ada rezeki nanti bolehlah datang bercuti lagi di Batam.
DeleteTiga kali tukar nama Masjid Agong tu ya. Indahnya warna putih yang melatari dinding dan tiang masjid termasuk lantainya. Di luar pulak berseri macam berbingkai biru. Corak pada kubah pun lawa dengan design motif digital yang nampak moden. Semoga dapat pergi lagi Batam dan boleh melawat Masjid Tanwirun Naja pulak nanti, Pizzah.
ReplyDeleteYe, begitulah kisahnya. InsyaAllah ada rezeki bolehlah ke Batam lagi. Terima kasih kak doakan.
Deleteluas masjidnya...cantik kubah biru putih
ReplyDeleteLuas sangat dan seni binanya cantik.
DeleteSubhanaullah
ReplyDeleteIndahnya seindah namanya
Nmpkk tenang sgt
Gabungan warna begini
Keindahan rumah Allah pasti sejuk memandang
Di Masjid pastinya rasa tenang. Gabungan warna pun cantik. Betul tu Cik Nur. Setuju sangat.
Deletecorak di kubah masjid ni lebih kurang macam corak dekat perputakaan negara
ReplyDeleteSebab corak digital tu kan.
DeleteMenarik warna putih biru, tenang mata memandang.
ReplyDeleteCantik hasil fotografi Fiza.
Cantik gabungan warnanya kan.
DeleteTerima kasih Kak Ujie.
Indah seni bina limas Masjid Agung Raja Hamidah Batam ni! Historic landmark yang calming. Sayang tak sempat singgah Masjid Tanwirun Naja yang kubah tanjak tu. Insya-Allah ada rezeki Batam trip nanti boleh pergi. Sis plan nak repeat bila lagi?
ReplyDeleteInsyaAllah ada rezeki bolehlah ke sana lagi. Entah bila tak tahu lah.
Deleteok.. Masjid Tanjak akak take note..
ReplyDeleteentah jadi ke tidak pergi ni hehe
Jangan lupa pergi tau. InsyaAllah...Aamiin..
DeleteAiiiiih baru lihat mesjid ini 😍😍😍. Dan saya baru sadar mesjid2 di sana kebanyakan biru putih. Mesjid tanjak itu pun biru juga warnanya kalau tak salah.
ReplyDeleteBagian atas kubah sepintas mirip disusun dari Lego 😄😄. Alaaah JD teringin ke Batam 😍😍🤭
Ye, biru putih. Masjid tanjak tu berbeza sikit warnanya ada oren biru dan lagi menyerlah warnanya.
DeleteYa kan, sebab digital design.
Masjidnya nampak baru. Luas dan bersih.
ReplyDeleteMasih boleh dikatakan baru sebab baru rasmi tahun 2024. Ya, luas sangat dan bersih.
Deletecantik sgt masjidnya ni!
ReplyDeleteMasya Allah. Cantik sangat.
DeleteCantikk..Tenang...Hehe..Baru ni dah singgah...Suka tengok 😍🩷
ReplyDeleteWah Nona dah sampai dah. Cantik sangat kan.
Delete