Dari pagi tak makan apa-apa, terus ke appointment braces. Lepas tu beli barang di Jaya Grocer, balik tu beli aiskrim di gerai luar Jaya Grocer tu buat alas perut. Sebelum balik, beli nasi ayam goreng kunyit di R One Foodie Bazaar Mps.
Masa tengah menunggu makanan siap tu cakap dengan Encik Suami, macam sedap je kalau dapat mencendol kan. Padahal tadi baru lepas makan aiskrim sebekas. Itupun kongsi, buat rasa-rasa. Rosak diet kalau keluar on weekend.
Cerita lah kat Encik Suami pasal Chicken Ball Ball Rice Restaurant ni, cakap kat situ ada cendol dan kedainya Chinese Muslim. Selama ni kita dok ingat kedai tu Chinese punya. Rupanya tak. Itupun nampak orang share di TikTok dan blogger Ammi pun ada share dia makan kat situ.
Selesai siap bungkus makanan, jomlah kita mencendol di Chicken Ball Ball Rice Restaurant. Saya nak makan cendol, Encik Suami nak makan cakoi. Sini ada juga jual cakoi. Cendol dan Cakoi ni gerai tepi tu je tapi boleh pesan dan makan disini.



Harga set nasi pun berpatutan. Banyak juga menu yang ada di sini. Patutlah ramai orang datang sini. Sedap rupanya ye.

Masa tengah menunggu makanan siap tu cakap dengan Encik Suami, macam sedap je kalau dapat mencendol kan. Padahal tadi baru lepas makan aiskrim sebekas. Itupun kongsi, buat rasa-rasa. Rosak diet kalau keluar on weekend.
Cerita lah kat Encik Suami pasal Chicken Ball Ball Rice Restaurant ni, cakap kat situ ada cendol dan kedainya Chinese Muslim. Selama ni kita dok ingat kedai tu Chinese punya. Rupanya tak. Itupun nampak orang share di TikTok dan blogger Ammi pun ada share dia makan kat situ.
Selesai siap bungkus makanan, jomlah kita mencendol di Chicken Ball Ball Rice Restaurant. Saya nak makan cendol, Encik Suami nak makan cakoi. Sini ada juga jual cakoi. Cendol dan Cakoi ni gerai tepi tu je tapi boleh pesan dan makan disini.

Banyak pula dia punya banner dan signboard. Ambil je lah simpan buat penuh gambar dalam post ni.

Baru duduk je ada pekerja hantar kertas pesanan dan juga buka menu. Lama juga Encik Suami membelek mencari cakoinya. Sudahnya tanya pada pekerja tu. Katanya harini cakoi tak ada, gerai tu cuti. Tak ada rezekilah nak makan cakoi.
Jadi, kami mencendol je lah kat sini. Orang lain sibuk makan tengahari, kita sibuk makan cendol. Sebab dah beli nasi bungkus tadi, takkan nak makan nasi lagi nanti. Punah teruk diet nanti.
Saya pesan cendol biasa je sebab malas nak buka elastic band braces tu. Hirup-hirup je tak payah gigit dan kunyah. Encik suami ambil cendol pulut. Sedap cendolnya tak manis sangat. Just nice. Lega tekak makan cendol cuaca tengah hari panas ni.

Lain kali lah kita cuba makan nasi ayam dan mi. Kena datang masa lapar ni baru syok makan.
Harga cendol tu murah dan sangat berbaloi dengan rasa dia. Boleh datang lagi mencendol di sini. Masa kami datang pun waktu tengah hari, ramai orang. Mujurlah ada meja dan kerusi 2 untuk kami berdua.

Harga set nasi pun berpatutan. Banyak juga menu yang ada di sini. Patutlah ramai orang datang sini. Sedap rupanya ye.

32 Comments
nasi ayam dia sedap juga cuma kurang garam dan sambalnya tak pedas. kita ni kan pempedas...jadi terpaksalah minta cili potong
ReplyDeleteSambal dia macam okay je, sedap juga. Tapi tulah kan, tak pedas.
Deletelama tk mkn cendol..sedap tu
ReplyDeleteCendol ni sedap, kurang manis dan terasa lemak santannya tu.
DeleteBagus kedai dia, sebab bagi beli ayam saja, tanpa nasi. Sesuai untuk orang nak jaga badan. 👍
ReplyDeleteA'ah, sebab dalam menu ada macam tu tanpa nasi. Betul, sesuailah untuk orang nak diet.
Deletesedapnya cendol pulut...
ReplyDeleteCendol biasa dah sedap, inikan dapat cendol pulut kan. hihi...
DeleteHehe tengok logo ayamnya sekali pandang macam merak pula.
ReplyDeleteLepas ini kena cuba makan nasinya.
Kann..saya pun terfikir macam tu jugak. InshaAllah ada rezeki boleh cuba nasi ayam pula.
DeleteCendol kalau letak dalam magkuk besi cam tu memang lejen!
ReplyDeleteItu benar uncle.
DeleteMemang nikmatlah mencendol di hari panas. Harganya boleh dikatakan murah ye Fiza.. boleh repeat
ReplyDeleteSangaattt. Kann..Murah dah tu harganya.
Deletesedapnya cendol! MZ tgh clean eating so tak dapeklah nak mkn cendol buat masa ni
ReplyDeleteIt's okay. Ada peluang cheat day nanti boleh makan.
DeletePandai eh dia kenakan harga lebih seringgit untuk paha dan thigh tu 😁
ReplyDeleteBoleh buka ye elactic band tu?
Itulah tu, biasalah strategi bisnes. Elastic band, boleh buka kalau nak makan. Lepas tu pakai semula. Malas buka sebab getah tu baru pakai dan saiz baru. Belum biasa lagi nak buka pakai. Sebelum ni besar sikit saiz dia mudah sikit.
Deletealaaa rasa nak makan nasi ayam laa pula hari ni
ReplyDeletetp area sini tak ada org jual nasi ayam...
Takpelah, nanti-nanti kalau jalan bolehlah cari nasi ayam. Sabar dulu ye.
Deletepernah juga order through food panda. x tau plak ada cendol yer
ReplyDeleteYa, ada cendol juga. Nanti bolehlah mencendol kat sini kalau teringin makan cendol sedap.
DeleteAlaaaa..apesal macam tersampuk je ni...nak jugakkkkk....kedai ni bukak hari2 ke...minggu depan akak cuti Jumaat
ReplyDeletePergi kak, jangan tak pergi. Kalau tengok google, Jumaat tutup. Buka jam 10 pagi sampai 5 petang.
DeleteWah, tengok semua senarai harga cendol dan nasi ayam memang mesra RM lah Fizah.
ReplyDeleteBestnya dapat menyendol di sini. Saya terbayang steam chicken....sedapnya!
Ye kak Amie, sangat mesra poket. Boleh datang lagi dan lagi. Steam chicken saya kurang gemar. Lebih suka roasted. hihi...
DeleteHarga mampu milik + makanan ada rasa memang boleh ada repeat customer. Langsung dok tertanya bila eh last KSarie makan cendol ye?Macam nak kena merayap cari cendol nanti ni.
ReplyDeleteBetul tu, setuju! Rasa macam ada nampak KakSarie makan cendol baru-baru ni. Ke silap?
DeleteCendol nih saya juga sukaaaa. Memang pas kalau diminum dingin, saat cuaca panas. Kemarin tuh di Ipoh beli cendol durian, seporsi pun dah besar sangat, jadi berdua lah dengan suami 😄. Kalau di Malaysia nih makanan semua porsi besar. Beda dengan Indonesia, kebanyakan porsi personal. Jadi kalau beli cendol di sini, memang cukup 1 orang. Kalau di Malaysia sana, saya mesti sharing 🤣
ReplyDeleteCendol durian tu lagi sedap Fanny, harganya pasti lebih mahal. Tak juga Fanny. Kat sini satu mangkuk tak boleh sharing, tak cukup. hihi...
DeleteNasi ayam dia style bebola ke.. macam kat Melaka.. pernah makan dulu namanya chicken rice ball.
ReplyDeleteRasanya macam tu lah kot sebab dipanggil chicken ball ball rice. Saya beli ayam je tak beli nasi.
Delete