Sejak selera menjauhkan diri ni, kadang pening tak tahu nak makan apa. Teringin makan makanan nak ringkas-ringkas je. Rasa macam nak makan pizza, pergilah beli US Pizza. Tengah scroll TikTok nampak pula ada orang share golden banana pudding The Coffee Bean & Tea Leaf (CBTL).
Eh, sejak bila CBTL ada banana pudding ni? Kenapa saya lambat tahu. Sebelum balik buat pesanan dalam apps dan singgah ambil terus di drive thru je sebab malas turun kereta.

Pekerja tu hulurkan beg CBTL yang comel ni. Bukan paper bag biasa tapi cooler bag untuk jaga kualiti banana pudding tersimpan dalam bekas yang sejuk.


Golden banana pudding dia dalam bekas macam ni. Separuh cawanlah gitu.

Ada taburan serbuk biskut bisoff dan juga wafer coklat gulung. Pada dasarnya ada taburan biskut oreo.

Elok terletak keduanya, tak berantakkan. Masih elok lagi keadaan dia. Terus pindahkan masuk dalam peti ais. Lepas makan pizza baru makan.

Golden banana pudding dia dalam bekas macam ni. Separuh cawanlah gitu.

Ada taburan serbuk biskut bisoff dan juga wafer coklat gulung. Pada dasarnya ada taburan biskut oreo.

Golden banana pudding CBTL ni sedap, macam banana pudding TheMoon.My yang saya pernah rasa. Suka rasa banana pudding yang ringan macam ni. Pisang tu macam dibancuh sekali sebab tak nampak pula potongan pisang tapi rasa pisang tu ada. Dia macam main sembunyi-sembunyi pula ye.
Kalau rasa teringin bolehlah beli di CBTL je sebab yang favourite saya tu on weekend je dan kadang pergi dah tutup sebab dah habis atau tak buka di situ. Dah ada CBTL ni bolehlah buat lepas teringin kan sesekali. Tak boleh selalu.
Harga dia RM13.90.
26 Comments
Boleh cuba ni. Nampak sedap betul. Tak pernah cuba lagi banana pudding.. macam macam nak try tapi nak pergi bila tu tak tahu.
ReplyDeleteKalu teringin tu sesuailah makan sikit-sikit buat rasa-rasa. Sedap jenis tak manis dan tak muak sangat. Boleh cuba selagi masih ada. Kot nanti discontinue pulak.
Deleteohhh myyyy mata sy lebih tertarik dgn beg ituuuuuuu
ReplyDeletekenapa purple nya sangatttt cantikkkkkkkkk
Maknanya apa tu? kenalah beli nanti sebab nak dapatkan beg tu. hihi...
DeleteMenarik ni bg peminat pisang
ReplyDeleteYe, peminat pisang dan puding pisang.
Deleteberkenan cooler bag tu! dpt complimentary/foc ker? saya suka dessert tp kena cut buat masa ni sbb tgh try clean eating
ReplyDeleteComplimentary rasanya kalau beli banana pudding ni. Tak ada pulak bayaran tambahan masa order thru apps. Ya, boleh makan masa cheat day lah gitu.
Deletex minat sgt banana pudding.. but adik MA memang fav dia ni
ReplyDeleteHihi..untuk peminat banana pudding bolehlah cuba.
DeleteOkey weekend ni beli..x leh jadi ni..harga pun murah je tu....dapnyaaaaaa...tiramisu hari tu x beli2 lagi..asyik x dapat yg CBTL punya
ReplyDeleteBeli cepat sebelum lagi viral dan cepat habis. Kira bolehlah tu nak buat rasa-rasa. Tiramisu CBTL sampai ke sudah tak dapat². huhu...
DeleteTerpikat pula tengok begnya tu Fizah, menyerlah warnanya.
ReplyDeleteComel pula bunyinya pisang main sembunyi-sembunyi pula ye.
Cantik kan kombinasi warna dark purple dengan gold dan putih. Buat orang tertarik. Hihi..pisangnya tersembunyi.
DeleteKSarie rasa KSarie kena beli puding ni sebab berkenan dekat cooler bag nya😅Agaknya kalau pisangnya tak menyorok lagi sedap ke atau sedang elok dah rasa pisang nyorok-nyorok tuh?
ReplyDeleteHihi..semua berkenan dengan cooler bag ni. Rasanya yang menyorok ni lagi sedap kot. Pisangnya pun taklah cepat rosak kan. Kadang lebam tu tak best.
DeleteSukaaaa lah kalau dapat banana pudding yg sedap begini. Kemarin tuh sempat beli dr salah satu cafe sini. Sebenernya sedap, tp pisang dia macam layu, macam dah kelamaan kena krim.
ReplyDeleteDipikir2 kalau pisangnya dah dilumat jadi 1 mungkin lebih better. Rasanya tetap ada, tp tekstur tak lah terasa layu
Betul, kalau dah lebam dan rasa dia dah kurang sedap. Kalau dah dicampur macam ni mungkin lebih baik dan tahan lama. Sedap pun sedap.
DeleteBoleh tak suruh selera yang menjauhkan diri tu panggil kawan dia kat sini soh main jauh²😁😁
ReplyDeleteHihi...jauh tu panggil.
Deletewah CB ada coolerbag cantik ..ada tgk juga banan pudding CB ni tp blum try lg
ReplyDeleteYa, ada kalau beli desserts sejuk² kot. Nanti bolehlah cuba CBTL punya pulak.
DeleteAkak tak pernah cuba makan banana pudding ni, Fizah. Nampak sangat sedap. 😋
ReplyDeleteNanti bolehlah cuba yang CBTL ni kak Nur.
DeleteCantik
ReplyDeleteYe.
Delete