Nak cari sos namplawan tapi tak jumpa-jumpa di pasar raya. Cari juga di Jaya Grocer dan Mydin. Tapi tak ada. Memang tak ada kot kat pasar raya. Ada jual online je kot.
Sos namplawan tu sos/kuah rojak buah-buahan versi Thailand yang ada rasa masam, manis dan pedasnya. 3 rasa tu memang sinonim dengan makanan Thailand.
Sos nampalawan ni saya perasan ada letak udang kecil macam udang gerarau tu tapi versi kering. Tapi bukan udang kering yang biasa tanpa kulit dan kepala tu. Ada letak gula batu juga. Dulu pernah beli di satu kedai buah tu tapi kedai tu dah tutup. Hilang dari radar.
Buka penutup dia semerbak bau belacan. Alamak, bau belacan yang tak berapa nak enak di hidung saya. Mungkin sebab lama tak makan belacan kot. Bau tolak tepi kejap, cuba rasa kuah rojak dia sikit. Hmm..sedap juga tapi terlalu kuat pula bau belacan, mengganggu konsenstrasi nak makan.

Nak pedas lagi kena tambah cili api dan picit-picit dalam adunan kuah rojak ni. Nak buat kuah rojak tak pandai, jadi beli je lebih mudah. Lepas tu adjust lah ikut selera masing-masing.
Sos namplawan tu sos/kuah rojak buah-buahan versi Thailand yang ada rasa masam, manis dan pedasnya. 3 rasa tu memang sinonim dengan makanan Thailand.
Sos nampalawan ni saya perasan ada letak udang kecil macam udang gerarau tu tapi versi kering. Tapi bukan udang kering yang biasa tanpa kulit dan kepala tu. Ada letak gula batu juga. Dulu pernah beli di satu kedai buah tu tapi kedai tu dah tutup. Hilang dari radar.
Tak ada namplawan, beli je lah kuah rojak Mak Bee extra pedas di Kedai Kerepek Paroi. Dulu pernah beli juga tapi lama dah bertahun-tahun dulu. Tak ingat dah beli dimana dan apa rasa dia.
Tak tahu pula sekarang ada versi extra pedas. Baguslah ikut peredaran zaman manusia suka makan pedas. Nak rawat kecewa tak dapat namplawan, ganti dengan kuah rojak Mak Bee je lah.

Buka penutup dia semerbak bau belacan. Alamak, bau belacan yang tak berapa nak enak di hidung saya. Mungkin sebab lama tak makan belacan kot. Bau tolak tepi kejap, cuba rasa kuah rojak dia sikit. Hmm..sedap juga tapi terlalu kuat pula bau belacan, mengganggu konsenstrasi nak makan.
Tapi kalau makan dengan buah okay je. Saya makan dengan buah nanas, buah tu je yang ada masa tu. Okaylah sedap. Tapi rasa pedas dia tu taklah pedas sangat sampai tahap extra pedas tu. Pedas macam tak pedas bagi seorang pempedas.

Nak pedas lagi kena tambah cili api dan picit-picit dalam adunan kuah rojak ni. Nak buat kuah rojak tak pandai, jadi beli je lebih mudah. Lepas tu adjust lah ikut selera masing-masing.
Lama eh kuah rojak Mak Bee ni sejak 1980. Saya tak jumpa pula kuah rojak jenama lain. Ada kuah rojak yang lain ke yang lebih sedap. Namplawan tu nampaknya memang kena beli online lah cerita dia.
40 تعليقات
Saya pun suka beli jugak kuah rojak mak bee ni, rasanya kuah rojak ni yang paling sedap berbanding dengan yang lainnya.
ردحذفYe, sedap. Cuma tang bau je lah kurang sikit pada saya.
حذفRasanya kena beli online la tu kalau teringin sangat. Masa pergi Padang Besar tuari memang banyak la sos namplawan ni. Sos Mak Bee pun banyak. Tapi kuat bau belacan tu memang betul.
ردحذفItulah tu, kena beli online juga jawabnya. Oo belah-belah sana senang lagilah nak mencari sebab sempadan je kan. A'ah, kuat betul bau belacan dia.
حذفKuah rojak mak Bee memang sedap..tp tulah, sekarang bau belacan dia kuat betul...
ردحذفKann..terganggu mood sikit nak makan.
حذفSaya ada beli hari tu yg pedas ni...tapi berani nak makan...bagi org lain...sebab husband kata yg biasa tu pun dah pedas...saya ada masalah hidung berair kalo makan belacan...
ردحذفMungkin tak biasa dengan pedas. Ooo alergi belacan, lebih baik jangan makan kalau memudaratkan.
حذفsaya tak pernah beli kuah rojak gini...tp suka jer mkn if ada dpn mata hehhehe
ردحذفSaja beli untuk stok makan dengan buah sesekali. Kadang ada buah yang sesuai tu bolehlah makan. hihi...
حذفsedapnyaaa...cicah buah pelbagai sedap
ردحذفSedap jugalah kalau kena dengan buahnya tu.
حذفKuah rojak mak bee ni memang best. Dah lama juga tak beli kuah rojak, stok pun dah habis kat rumah. Cicah dengan mangga muda ...sedao.
ردحذفMangga muda cicah dengan kuah rojak mak bee ni memang ngam.
حذفDah lama tak jumpa kuah rojak Mak Bee ni. Ada rupanya, versi extra pedas. Makan dengan nanas, sedapnya!
ردحذفItulah tu, saya pun baru tahu. Ternampak dan beli. Sedap makan dengan nanas.
حذفTahun lepas singgah beli jeruk pak ali kat penang, tak jumpa lagi versi yang extra pedas ni.. beli yang jenis biasa tu je..
ردحذفAgaknya baru lagi kot. Atau dah habis. Saya pun baru je jumpa. Mula tu tak perasan juga ada label extra pedas pada bekas tu.
حذفTakat ni mmg kuah rojak mak bee je plg kena tekak. Pernah beli yg di tepi2 jalan simpang ampat tp manis nau pulak pencoleknya
ردحذفNampaknya kuah rojak mak bee ni memang pilihan ramai lah kan. Itu yang popular dan masih bertahan. Jenis manis tu tak syok jugak kan. Kena ada manis pedas baru ngam.
حذفWak dah tak berani makanan pedas2
ردحذفSaya faham tu wak. Elakkan yang tak boleh makan.
حذفkuah rojak makbee ni femes juga. asben suka beli jika dia beli buah. lepas tu dia mkn sekali ja, nanti yg habiskan kita ni ha, kita pula jenis lambat mkn buah dgn kuah rojak, suka mkn gitu ja.
ردحذفYe, popular. Yang ada ni je kat kedai. Dia kena tengok jenis buah juga. Yang sesuai tu best lah makan kuah rojak.
حذفTengok kuah rojak mak bee ini teringat saya sepanjang dua bulan ini selalu bawa mangga udang ke ladang. Tapi, sebelum itu tanya kawan-kawan dulu kalau ada sesiapa ada stok kuah rojak mak bee bolehlah bawa untuk cecah dengan mangga udang. Biasanya saya bawa sebiji atau dua biji dan ada tukang kupas dan potong sekali. Makan sama-sama dengan para penoreh.
ردحذفAda tak yang bawa kuah rojak mak bee tu kak Amie? Ada kuah rojak, sedap tu buat cicah buah mangga. Bertambah sedap makan ramai-ramai, berlawan-lawan cicah.
حذفAda Fizah. Memang ada yang bawa kuah rojak tu kalau Kak Amie tanya dalam group WA. Ada yang bawa serbuk asam boi juga.
حذفOhh ada. Lagi sedap lah mencicah. Ada juga buah yang sesuai dengan asam boi. Kalau mangga, makan dengan kuah rojak sedap, makan dengan serbuk asam boi pun sedap.
حذفramai pembeli kuah tu kan..perasa untuk sedapkan buah yang dimakan...
ردحذفYa, jenama kuah rojak yang popular dan ramai penggemarnya. Memang sedap makan bersama buah-buah yang sesuai.
حذفKSarie baru tau ada sos namplawan. Ketinggalan zaman ye KSarie ni😅. Kuah Rojak Mak Bee ni masuk kategori produk yang bertahan lama dalam pasaran ye. Ada 1 kuah rojak di Penang yang KSarie makan sejak kecil tahun 1980an. Bila dah besar ni asal balik Penang minta arwah abah belikan. Dah lama tak makan kuah rojak ni
ردحذفHihi..saya pun tak tahu bila wujud sos ni. Sebab pernah beli sebelum ni. Lepas tu lalu lalang dalam FYP TikTok pulak kan. Teringin pulak. Kuah rojak apa tu, mesti sedap kan. Kalau ke Penang bolehlah cari.
حذفKuah cicah biasa akak buat, kicap, gula, pecahkan cili api, letak serbuk belacan skit...perah limau kasturi sebelah je...dapnyaaa...cicah nanas, cicah mangga muda..adoila..lama dah x menyicah ni
ردحذفUishhh kecur baca cara buatnya tu. Adoilaaa kak, mengundang betul ni. hihi...
حذفsaya kalau ada buah pelam masam kat rumah, mesti kena cicah dengan kuah rojak camni. cuma tak ingat brand mak bee ni ke atau lain. tapi rasa dia ngam la bila makan dgn buah masam
ردحذفBetul, jenis buah masam tu memang kena cicah dengan kuah rojak baru sedap makan. Janji rasa dia ngam tak kisah jenama apa pun kan.
حذفMemang harus di adjust lagi tahap pedasnya ya kak. Dulu semasa tinggal di Penang, saya pernah beli bumbu rujak di supermarket. Ditulis pedas, pas saya coba, tak pedas sedikitpun 😂😂. Memang hrs giling cabe rawit lagi kedalam 😅
ردحذفYa, pada saya kurang pedas. Kalau nak beli extra pedas tu kadang takut pedas sangat. Bila beli tak pedas pula. Jadi keliru level pedas dia. huhu...
حذفSelalu beli yang biasa. Biasapun sedap rasa. Oh! Ada yang pedas. Haha kena rajin cari.
ردحذفOhh kak Wina biasa beli ye. Memang kuat ke bau belacannya? Next time cuba yang pedas pula.
حذف