Kenangan Coffee dan seketul Fiza ni tak dapat dipisahkan. Dulu setia dengan jenama mahal S. Sejak boikot kita beralih arah kepada Kenangan Coffee sejak dah masuk Malaysia. Sekarang dah banyak cawangan senang nak membeli.


Di Seremban je dah ada 3 cawangan iaitu di Seremban Gateaway, Bandar Prima Senawang dan berdekatan Centrio Seremban 2. Paling rajin singgah di cawangan Bandar Prima Senawang lah.

Order siap-siap melalui apps dan gerak untuk pick up. Sampai-sampai dah siap untuk pick up. Senang je tak perlu nak menunggu.

Kenangan Coffee X Kapten Batik
Sempena Hari Kemerdekaan, Kenangan Coffee ada buat kolaborasi merchandise bersama Kapten Batik. Ada macam-macam jenis merchandise edisi terhad yang eksklusif. Boleh dapatkan di mana-mana cawangan selagi stok masih ada.
Antara merchandise Kenangan Coffee X Kapten Batik
- Lanyard Set
- Meadow Yellow Tote Bag
- Meadow Yellow Tumbler 590ml
- Charcoal Cherry Pocket Tee
- Ocean Blue Bottle 20oz
- Coral Mint Scarf
Tentang harga dan syarat tu kenalah tengok di media sosial Kenangan Coffee.
Saya tak membeli merchandise, beli kopi je. Macam biasa beli hazelnut latte, caramel latte dan air sejuk matcha latte. Tapi dah habis awal dalam kereta, tak ada dalam gambar.
Beli kopi panas dapat cup holder dan beg kertas bertemakan kenangan Coffee X Kapten Batik. Cantik motif batiknya.
Siapa peminat batik jenama Kapten Batik dan nak dapatkan merchandise tu silalah ke Kenangan Coffee berhampiran segera. Siapa cepat dia dapat.
Siapa peminat batik jenama Kapten Batik dan nak dapatkan merchandise tu silalah ke Kenangan Coffee berhampiran segera. Siapa cepat dia dapat.
28 تعليقات
Lipis belum ada Kenangan Coffee ni. Kalau ada boleh masuk list untuk mengopi.
ردحذفKot nanti kemana-kemana kalau jumpa Kenangan Coffee ni bolehlah cuba.
حذفSarung cup tu leh letak dalam planner.
ردحذفFiza sama dgn adik ipar kita, pantangla kedai kopi baru ada buka, tahu sahaja dia mencari sampai ke celah-celah bandar. But dia paling suka coffee bean.
Hihi..saya tak rajin letak dalam planner, nanti jadi tebal pulak. Hihi, peminat kopi mesti cari kopi yang sedap punya. CBTL pun okay juga cuma kurang sikit markah dia berbanding KopKen ni.
حذفooo kita suka planner tebal-tebal, hiiiks. rasa wow rajinnya ku berkarya. hahaaa perasan tui syasya.
حذفKalau tebal nanti makan ruang pulak. hihi...Bukan perasan, tapi memang sya rajin pun kan.
حذفCantik
ردحذفYe, cantik.
حذفMemang memikat mata!
ردحذفSangattt...cantik bukan.
حذفBila la Kenangan Coffee nak buka cawangan kat sini. 😊
ردحذفKalau ramai peminatnya nanti mesti ada juga cawangannya kat sana. Kot ada tersinggah KL/Selangor ke, nampak KopKen ni kena cuba beli tau.
حذفSini ada. Tapi jauh pulak nak pergi. Lawa betul design cup sleeve tu. Promo ni ada sticker sekali tak?
ردحذفOhh dah ada ye kat sana. Takpe, kot terlalu ke nanti bolehlah singgah dan cuba. Rasanya tak ada sticker.
حذفWah JV dgn Kapten Batik ye... lawa2
ردحذفYup, lawa kan.
حذفOcean Blue Bottle dengan tumbler tu cantik betul! Eh, semua nampak cantiklah.
ردحذفKann..semuanya menarik. Tapi tulah tak rasa nak membeli pulak.
حذفKemarin tuh, saya lagi nak kopi, dan ntah kenapa rindu pula dengan kenangan. Saking banyaknya kopi di sini, dan mostly sedap, saya jadi jaraaaaang sangat minum kenangan.
ردحذفTapi karena tiba2 teringin, beli lah lewat Gofood. Dan langsung happy, masih sedap 😄👍. Tapi kalo soal merchandise, KopKen di sini jarang mengadakan.
Disana banyak kopi sedap sampai tak tahu nak pilih mana satu. Kalau disini saya tetap memilih KopKen untuk kopi favourite. Ada merchandise bertambah lagilah pelanggan KopKen.
حذفJarang layan Kenangan Coffee, pernah sekali layan kat AEON Nilai 3..sedap gak...
ردحذفSedap, jadi favourite saya. hihi..Kat AEON pun pernah beli jugak beberapa kali.
حذفmemang nampak byk outlet kenangan coffee ni merata2 :)
ردحذفSekarang dah makin banyak. Dulu banyak area KL/ Selangor je. Mudah untuk pencinta KopKen mengopi dimana-mana.
حذفtumbler yg kuning tu cantikkkkkk
ردحذفsy sukaaaaaa!
Cantik kan. Warna dia ceria dan menarik semuanya.
حذفKalau di Seremban pernah beli KC di AEON Nilai. Ehhh nilai bukan dalam seremban ek? fail betul bab kedudukan geografi ni
ردحذفBiasa Ammi briskwalk kat Tasik ye. Lain pulak preference kita. hihi...
حذف