Hujung minggu lepas dalam perjalanan balik kampung Segamat, singgah sarapan di Club House Coffee Lavender Height Senawang. Alang-alang dah lalu situ kan. Sebelum ni dah pernah makan malam di sini. Kali kedua ni singgah sarapan pula.
Waktu kami sampai masih belum ramai orang lagi. Banyak lagi tempat duduk yang kosong. Kawasannya luas, selesa dan permandangan sekitarnya menarik kawasan bukit.
Boleh pilih nak duduk dimana-mana. Nak duduk bersimpuh bersila, duduklah di gazebo tu.

Kami pilih meja di hujung dengan 6 kerusi. Rasa macam port menarik di situ. Sebelahnya tu ada kerusi batu 3-4 kerusi tapi macam semaklah pulak tepi tu. Tak ramai orang ni, okaylah kot duduk di tempat yang kami pilih.
Buat pesanan guna QR code yang diletakkan di setiap meja. Dah buat pesanan dan pembayaran, duduk menunggu sambil menikmati permandangan yang terbentang luas depan mata. Ada bunga orkid yang cantik.

Di kejauhan bawah bukit nampak Marrybrown menuju ke Bukit Putus. Nampak tak jem, okaylah lancar perjalanan nak balik kampung nanti.

Ajak encik suami pindah tempat duduk masa pekerja hantar makanan. Sebelum tu tanya pekerja dulu sebab kita dah scan QR code di meja lain kan. Dia kata boleh. Makanan kami pun dia letakkan di situ. Macam menarik pula duduk di meja panjang dengan kerusi tinggi ni.

Nasi lemak Club House
Ingatkan nasi lemak biasa dengan telur mata je. Rupanya sekali dengan sosej. Boleh juga kalau nak add condiments dengan bayaran tambahan.
![]() |
Nasi lemak Club House, RM8.90 |
Nasi lemak sedap betul dengan sambalnya pedas manis gitu. Ikan bilis pun jenis rangup. Sosej dimasak elok. Pendek kata, nasi lemak dia memang sedap. Kena dengan selera saya.
Sambil makan sambil berperang dengan cahaya matahari. Menyesal pula pindah tempat. Siapa suruh pindah tadi kan. Tapi taklah panas sangat sebab ada angin sepoi-sepoi bahasa menyapa. Mujur juga cermin mata ada photogrey sebagai pelindung mata.

Hazelnut latte dan latte panas
Permandangan sebelah kanannya, ada ruang tempat makan yang lain. Agak ramai juga makan duduk di situ. Tak lama lepas makanan tiba, air pula sampai. Saya pesan hazelnut latte dan encik suami pesan latte.
Latte art kopi agak tidak kelihatan. Tak kisah, janji rasa kopinya sedap. Dah macam vibes Cameron Highland pula duduk makan di tempat aras tinggi.
![]() |
Hazelnut latte panas, RM12. Latte panas, RM9.90 |
Permandangan dari tempat duduk kami. Depan tu ada platform dan boleh duduk situ juga. Tapi sebab panas, tak ada lah orang nak duduk lepak situ kan. Panas pagi ni boleh tahan juga. Kalau petang-petang tu bestlah sambil tengok view. Ambil gambar pun cantik.

Mengikut tema sungguh kan, baju kuning dengan cawan, pinggan dan matahari waktu pagi.

Lokasi Club House Coffee Lavender Height Senawang
No 1088, Jalan Lavender 24, Taman Lavender Height Senawang, 70450 Seremban, Negeri SembilanNext time boleh repeat lagi sarapan di sini atau makan malam. Buka pagi sampai tengahari. Lepas tu petang sampai malam. Ada banyak menu sampai rambang mata kita nak pilih mana satu entah.
32 تعليقات
breakfast with a view...Alhamdulillah, sedap nasi lemaknya..
ردحذفAlhamdulillah..view cantik dan makanan pun sedap.
حذفcantik view dari atas bukit.. dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa, syahdu betul la.. ^^
ردحذفMemang cantik sangat. Tak rugi menjamu selera di sini dengan permandangan yang mahal ni.
حذفAduh, nak pindah lagi rasa malu pulak, kan. Tapi takpe, dapat gambar cantik sebab cahaya cukup. Nasi lemak lain dari yg lain siap ada sosej, dah macam nasi lemak kat hotel. Rajin dorang kelar² sosej tu, ah, memang lain dari yg lain la Club House ni, memang ikhlas pekerjanya sediakan makanan utk pelanggan, penuh kasih sayang tu nampaknya.
ردحذفHaha..tulah tu, nak pindah lagi memang segan lah. Mana nak letak muka nanti. Ya, yang penting permandangan dan lighting on point. Dapat gambar cantik sikit. Kann, lain daripada yang lain ada sosej. Bagus mereka hidangkan makanan dengan proper dan sedap.
حذفNampak sedap ...latte tu pun rasa terliur dan tergoda
ردحذفSedap, seperti yang saya ceritakan dalam post. hihi...
حذفOoo.. dalam kejiranan berpagar. Cantik lokasi cafe-nya, atas bukit. Plus point di situ, pemandangan cantik, selain kopi dan makanan yang sedap. 👍
ردحذفLokasi dengan permandangan yang menarik dan makanan pun sedap. Berbaloi sangat makan kat sini.
حذفcantik pemandangannya tu.,..
ردحذفSangat cantik permandangannya kak Dana. Kena datang waktu yang sesuai.
حذفKadang-kadang gitulah kan Fizah. Tempat duduk kita turut mempengaruhi gambar yang diambil. Saya pun selalu juga begitu, pernah pindah tempat tapi nasib jugalah kalau duduk dalam restoran yang cahayanya tak berapa terang, gambar pun lain macam saja hasilnya.
ردحذفCantik betul pemandangan di sekitar. Ada pula bunga orkid cantik!
Gambar nasi lemak pun menarik, dan dua tiga kali saya skrol tengok telur mata dengan sosej hehehee. Hazelnut Latte tu pun cantik, walau tak berapa nampak artnya.
Betul. Kalau tak kisah pasal gambar, mesti tak kisah duduk mana pun. Tapi kita ni concern bab permandangan dan gambar. hihi...kenalah cari tempat yang sesuai gitu.
حذفAda dua pokok orkid yang sama tapi tempat berbeza, saya ambil gambar dua-dua tapi letak satu je dalam blog. Presentation nasi lemak dia menarik. Tak best sekiranya kalau tak ambil gambar elok-elok. One for instagrammable. hihi...Artnya kurang nampak macam kurang warna kopinya. Tapi sedap.
Breakfast with a view namanya ye. Makanan sedap dekat tekak. Pemandangan molek teruk. Makan pula dengan kesayangan. Memang lengkap pakej. Ada sosej tuh yang buat tambah awesome. Masuk blog Fiza di kala dok fikir hendak dinner ke idok ni memang menggoda la
ردحذفYe, benar sekali. Breakfast with a view. Beautiful moment untuk dikenang juga kiranya kan. Ya, sosej buat penambah rasa selain telur mata. Aduh, silap timing lah pulak datang sini. Ampunn...
حذفCantik sekali panorama tempat ni..makan pun seronok ..bila dilayang dengan mesra lagi lah nak datang lagi ke sini..
ردحذفBetul, seronok makan di tempat yang ada permandangan cantik. Tambah pulak makanannya sedap. Ya, pasti akan datang lagi menjamu selera di sini.
حذفDekat ngan akak jugak, tapi x pernah pi lagi...tunggu Dania balik la minggu ni....
ردحذفNanti boleh sarapan sini kak. Nasi lemak dia sedap, itu kalau ikut selera sayalah. hihi...Makan malam pun boleh, banyak menu. Permandangan pun superb.
حذفcantik tempat breakfast ni, atas bukit gitu. harga nasi lemak pun saya rasa mcm okay jugakla utk kafe2 gini
ردحذفaduh, sebab pindah tempat terus kena tamparan matarahari ye xD
Tempat dan viewnya memang cantik. Ya, saya pun rasa macam tu. Harga nasi lemak dan kopi dia masih OK. Haha..itulah kena simbah cahaya matahari. Takpelah dapat vitamin D gitu. Mujur tak panas sangat.
حذفBreakfast sedap, view cantik, memang best.
ردحذفBest. Berbaloi kalau nak datang makan kat sini lagi.
حذفIni nasi lemak versi premium lah yaa 😍. Memang fav saya. Apalagi condiments pun pakai sosis juga. Tambah view cantik ke bawah ❤️. Harga sebenarnya masih reasonable lah. At least tak macam nasi lemak yg saya makan di Melaka , seharga Rm21 😄. Tapi sebab hotel kali yaa 🤭
ردحذفIkutkan yang ni paling biasa tapi inipun dah rasa macam premium kan. Betul, harga berpatutan. Tambah lagi dapat view yang secantik ini.
حذفMak aihhhh mahal sangat tu sampai RM21. Ada tambahan lauk ke? Kalau hotel tak dinafikan lah harga boleh cecah macam tu.
Unik ada sosej untuk nasi lemak. Ni layan perasaan seronok juga 😅
ردحذفMenarik ditambah sosej kan. Tak sempat nak layan perasaan kak Wina. hihi..
حذفmenarik, leh try ni
ردحذفSilakan mencuba nanti Mummy Ayu. Gerenti tak menyesal.
حذفBreakfast cenggini dengan suasananya dengan kecantikkan alamnya, rasa taknak balik ja.
ردحذفHihi..kannn..rasa nak berlamaan je menghayatinya.
حذف