Sudah lama teringin nak makan bubur pulut hitam. Haritu tak puas makan masa balik Segamat sebab dapat beli 1 je. Itupun rezeki dapat yang bekas terakhir. Bekas dia macam bekas taufu fa tu. Makan kongsi pula tu. Mana cukup kan.
Bubur pula sedap, dapat buat rasa-rasa je la. Nak membeli di sini tak tahu lah kat mana ada jual. Sebab teringin sangat, rajinkan diri buat bubur pulut hitam guna resipi mudah guna bahan-bahan asas je. Tak ada tambah bahan lain.
![]() |
| latte art tu saya letak sticker je guna app picarts, bagitahu siap-siap |
Saya rendam pulut hitam semalaman. Biar elok kembang dan cepat proses memasak nanti. Sukatan pun saya agak-agak je.
Resipi bubur pulut hitam
Bahan-bahan
- Pulut hitam (rendam sampai kembang sekurang-kurangnya 4 jam)
- Air secukupnya
- Santan (saya guna santan kotak kara 1 1/2 kotak)
- Daun pandan
- Gula melaka (2 ketul saiz sederhana. Kalau guna yang besar tu letak 1 je)
- Gula pasir *sukat ikut tahap kemanisan yang dimahukan
- Garam sikit
Cara penyediaan
- Didihkan air, masukkan pulut hitam yang dah direndam kembang
- Masukkan daun pandan, masak sampai pulut masak
- Masukkan santan, gula melaka, gula pasir dan garam
- Kacau rata sebati dan biarkan masak. Sesekali kacau untuk elakkan santan berketul dan cantik. Pastikan gula melaka cair sepenuhnya. Siap untuk dihidangkan.
Mudah je kan. Rasa lemak santan, manis buah melaka bergabung tu sedap. Pulut hitam pun lembut elok. Ada orang suka letak susu cair. Ada juga yang lepas masak tu nak makan curah lagi santan yang dah masak. Itu lagi sedap berlemak santan. Ikutlah selera masing-masing.
Saya suka guna yang bahan asas wajib letak je. Masak lebih sikit boleh simpan dalam peti ais. Makan sejuk-sejuk pun sedap.
Puas hati dan puas makan bila buat bubur pulut hitam sendiri. Tak ada hiasan daun panas atasnya sebab daun pandan habis guna masa rebus. Lupa nak tinggal buat hiasan.
Nak ambil kat luar daun pandan tinggal berapa helai je, kecil pula tu. Musim panas ni daun pandan pun tak mahu membesar. Nak buat masak nasi lemak pun segan nak ambil.

32 تعليقات
Sedapnya, Fizah buat bubur pulut hitam sendiri je. Barulah boleh makan lebih sikit, yek. 😋
ردحذفMeh datang rumah akak, daun pandan berlambak-lambak, sampai kena cantas, takut ular duduk kat bawah pokok.
Sedap dan puas makan masak sendiri. hihi..betul tu.
حذفAla jauhlah pulak Kak Nur. Bagus tu cantas, risau bab cik u tu. Pokok pandan saya tanam dalam pasu, cenonet je. Tak tahu bila nak membesar entah. Musim panas pulak tu kan.
Bubur Pulut Hitam ni sedap makan panas atau sejuk. Masak sendiri memang puaslah makan berulang-ulang kan Fizah.
ردحذفApa khabar juga pokok pandan belakang rumah kami. Adakah terima nasib yang sama.... kering layu di musim panas begini? Huurrmmm... tak sempat nak jengok hihihiii.
Betul kak Amie. Panas dan sejuk dua-dua sedap. Itulah tu, kena masak banyak sikit baru puas makan. Haa kena tengok tu Kak Amie. Risau jadi macam pokok saya, cenonet je tak mahu tumbuh elok.
حذفEeeee. uncle suka ni! Nak nak bulan puasa!
ردحذفSedap kan uncle. Favourite ni. Kena request kat aunty nanti.
حذفKalau dapat tambah isi durian lagilah meletops
ردحذفLagi sedap ye wak tambah isi duriana? Duriannya tak ada lah pulak. Kena cuba lain kali.
حذفSusah nak cari orang jual bubur ni. Bulan puasa je selalu ada jual. Kalau teringin kena buat la. Bubur kegemaran Cie.
ردحذفBetul, jarang orang jual. Kalau ada pun tak tahu kat mana kan. Itulah tu, sebab teringin teruskan rajinkan diri buat sendiri je.
حذفPandainya Fiza masak bubur pulut hitam. Akk suka bubur ni tapi tak pernah masak. Satunya sebab sorang je makan pun... Itu yg kalau teringin beli je la
ردحذفKalau mudah saya bolehlah buat. Yang payah tu memang tidaklah. hihi...Kalau sorang je makan jenuh juga tu nak menghabiskan. Tapi okay je masak lebih sebab boleh simpan dalam peti ais, nak makan sejuk pun sedap.
حذفsenang rupanya nak buat, thanks share resipi!
ردحذفkalau kat kenduri kahwin nampak bubur ni, sayalah orang yg akan ambik dengan muka tak malunya haha
Ye, mudah je. Sama². Saya pun sama. Mesti ambil sebab favourite kita kan. Jangan lepaskan peluang yang ada didepan mata. Kalau tidak rugi. hihi...
حذفSedap ni antara kegemaran Etuza..terima kasih resipinya ya
ردحذفFavourite saya juga. Sama².
حذفKita suka jugak tapi tak pernah Cuba buat sendiri lagi..bahan2 Mudah jer
ردحذفNanti bolehlah cuba. Mudah je. Yang penting rendam pulut hitam tu kena lama.
حذفwahhhh sedap nya...sikit sikit makan layannn
ردحذفLayan juga kalau dah lama tak makan. Sedap memang sedap.
حذفFavourite saya ni. Kalau makan, boleh menambah-nambah.
ردحذفSedap kan. Itu yang jadi favourite tu. Kalau buat sendiri bolehlah kita menambah-nambah kan.
حذفSaya suka makan bubur pulut hitam...selalu makan dekat kenduri...nak masak sendiri bercinta...haha
ردحذفHihi..kalau tak nak lama, kita biarkan rendam lama kembang baru nanti masak tak lama menunggu.
حذفsaya suka bubur ni! biasanya mkn kat mana2 wedding hehehe
ردحذفBetul, biasa kat wedding mesti ada selain cendol dan bubur kacang hijau.
حذفMenyesal baca post ni di kala skip lunch tadi sebab malas hendak keluar ofis waktu rehat makan😅Nampak sedap teruk bubur pulut hitam yang Fiza masak. Antara bubur legend sejak zaman dulu ni. Lepas makan bubur ni biasanya kena senyum dekat cermin untuk pastikan tiada pulut hitam terlekat celah gigi lagi-lagi bila makan bubur ni masa program rasmi
ردحذفHihi..kalau menyesal lepas tu kena buat nanti. Bubur pulut hitam bubur legend yang sedap, pantang nampak mesti makan punya. Kalau teringin tak ada orang jual terpaksalah kita buat sendiri je. Betul tu, kena pastikan tak ada yang melekat. Kalau saya kena guna water flosser terus lagi risau melekat di celah-celah bracket braces. huhuhu...
حذفlama tk mkn...suka bubur hitam yg atasnya ada santan pekat
ردحذفYang tu lagilah sedap kan. Bertambah lemak dan rasa santan tu. Next time boleh buat lebih untuk santan curah tu.
حذفAlaaa....sedapnyaaa...nak buat sendiri malas...kang buat kang terbanyak x abis makan...acaner ni?
ردحذفBuat banyak boleh simpan dalam peti ais kak. Makan sejuk-sejuk pun sedap.
حذف