Dah lama sebenarnya teringin nak makan bubur lambuk Johor. Mana nak dapat ek? Bukan musimnya memang tak dapatlah kan. Dah bertahun-tahun rasanya tak dapat makan bubur lambuk. Rindu rasa bubur lambuk yang sedap.
Bubur nasi yang ada rasa rempah, ada daging, kentang, lobak merah dan sesekali tergigit lada hitamnya. Sedap ye kalau dikenang rasa bubur lambuk tu.
Bubur lambuk biasanya orang buat masa Hari Asyura atau bulan puasa. Tapi dah bertahun tak dapat rasa bubur lambuk. Sebelum tu pernah juga dapat tapi tak sama dengan bubur lambuk yang saya suka. Itupun entah bila tahun. Mungkin resipi dan bahannya dah diubah.

Masa beli barang di Mydin haritu perasan bubur lambuk segera Brahim's. Jenama yang tak asing lagi. Selalu saya tak belek sangat pun bahagian lauk pauk segera selain sardin. Dah nampak tu beli sebungkus buat lepas teringin makan bubur lambuk.
Oleh kerana ianya segera, mudah disediakan. Hanya perlu panaskan guna air mendidih atau microwave. Cara penyediaan ada disediakan di belakang bungkusan.
Saya guna kaedah didihkan air dan masukkan bungkusan dalam air panas tu. Biar dia panas lama sikit. Kalau guna mircrowave kejap je panas dia. Tapi nak lagi mudah guna microwave lah.
Isinya tak banyak satu bungkusan tu. Dapatlah semangkuk comel saiz mangkuk cendol. Bolehlah buat lepas teringin nak makan bubur lambuk kan.

Masa buka tu semerbak bau rempah ratusnya. Rasanya macamana pula? Ikut selera saya, macam kurang rasanya. Macam pekat nau rasa rempah tu. Kalau kurang sikit mungkin lebih baik. Nak kata rasa authentic sangat tu taklah. Sipi-sipi tu bolehlah.
Bubur nasi yang ada rasa rempah, ada daging, kentang, lobak merah dan sesekali tergigit lada hitamnya. Sedap ye kalau dikenang rasa bubur lambuk tu.
Bubur lambuk biasanya orang buat masa Hari Asyura atau bulan puasa. Tapi dah bertahun tak dapat rasa bubur lambuk. Sebelum tu pernah juga dapat tapi tak sama dengan bubur lambuk yang saya suka. Itupun entah bila tahun. Mungkin resipi dan bahannya dah diubah.

Masa beli barang di Mydin haritu perasan bubur lambuk segera Brahim's. Jenama yang tak asing lagi. Selalu saya tak belek sangat pun bahagian lauk pauk segera selain sardin. Dah nampak tu beli sebungkus buat lepas teringin makan bubur lambuk.
Bubur lambuk segera Brahim's
Bubur lambuk yang dah siap dimasak ready to eat dan diproses secara retort untuk kekal tahan lama. Mengandungi daging lembu, herba dan rempah ratus yang berkualiti. Ditambah dengan lobak dan kentang.Oleh kerana ianya segera, mudah disediakan. Hanya perlu panaskan guna air mendidih atau microwave. Cara penyediaan ada disediakan di belakang bungkusan.
Saya guna kaedah didihkan air dan masukkan bungkusan dalam air panas tu. Biar dia panas lama sikit. Kalau guna mircrowave kejap je panas dia. Tapi nak lagi mudah guna microwave lah.
Isinya tak banyak satu bungkusan tu. Dapatlah semangkuk comel saiz mangkuk cendol. Bolehlah buat lepas teringin nak makan bubur lambuk kan.

Masa buka tu semerbak bau rempah ratusnya. Rasanya macamana pula? Ikut selera saya, macam kurang rasanya. Macam pekat nau rasa rempah tu. Kalau kurang sikit mungkin lebih baik. Nak kata rasa authentic sangat tu taklah. Sipi-sipi tu bolehlah.
Nampak gaya macam kena rajin je buat bubur lambuk. Tapi kita bukan pandai sangat. Kena buat-buat pandai je lah nanti ikut mana-mana resipi mudah.
Jenis segera ready to eat ni kalau bawa bekal pergi travel tu okay sangat. Senang nak sediakan. Mengenyangkan juga. Makan bubur ni cepat kenyang dan cepat lapar juga. Harga sebungkus tak silap saya RM7 lebih.
26 تعليقات
Wahhh sangat menarik ni, boleh simpan kalau tak ada idea nak masak. Apalagi kalau sorang2 je di rumah.
ردحذفBoleh buat stok di rumah kan. Kalau rasa malas nak masak tinggal sorang, panaskan je senang. Janji kenyang gitu.
حذفAkakpun tahun ini tidak dapat rasa bubur lambuk.
ردحذفMenarik ada ya yang segera. Nanti nak cari juga. Tengok rasa macam mana. Insya Allah. Senang panaskan.
Dah lama tak makan, rasa rindu pula nak makan bubur lambuk kan. Nanti bolehlah cuba beli dan rasa kak Wina.
حذفTerliur la plak bila u sebut bubur lambuk.kena tunggu bln puasa thn dpn sbb bubur lambuk yg paling sedap kat my tekak is the one yg sek my razeen buat..everyear ada buat gotong royong masak lambuk bln rmdn
ردحذفBest tu ada bubur lambuk yang sedap kena dengan selera. Kena tunggu bulan Ramadan lah nanti nampaknya kan.
حذفMenarik juga ni, kadang selalu juga standby bubur nasi jenama Knorr kat rumah. Yang ini lebih padu lagi nampaknya. Anak pun suka bubur2 ini, bila balik dari sekolah boleh buat sendiri sahaja ni. Brahim's memang inovatif bab makanan segera cara tempatan ni.
ردحذفYang ni better lagi pada saya berbanding bubur segera dalam cup tu. Ye, mudah je untuk disediakan. Panaskan pun kejap je. Betul, setuju tu.
حذفtak sangka juga...bubur lambuk juga boleh dipaket sedemikian
ردحذفKann...satu inovatif pencapaian yang bagus.
حذفngam-ngam saiz mangkuk tu, kita pun suka bubur lambuk jenis-jenis Johor gini, pernah dapat bubur versi negeri lain, maigosh sesudu je pastu takleh go.
ردحذفYe, ngam-ngam je isinya. Itulah tu, kita ngam dengan bubur lambuk Johor je. Yang lain payah nak terima.
حذفBubur lambuk Brahim's tu sikit sangat pulak la, dahlah RM7, tak asli pulak tu rasanya. Kenalah Fiza menuntut ilmu cara buat bubur lambuk Johor yang berempah dan asli.
ردحذفA'ah. Nak buat macamana kan, guna teknologi dan segera. Begitulah harga dia. Itulah tu, nampak gaya memang kena menuntut ilmu masak bubur lambuk Johor.
حذفharitu masa puasa ada dapat dapat jugak. tapi saya jenis tk suka bubur lambuk.. so memang tak makan hehe
ردحذفRezeki orang lainlah dapat makan bubur lambuk tu.
حذفbelum pernah cuba yang ni.. boleh la bawak time camping nanti.. ^^
ردحذفBoleh cuba kalau nak rasa. Okay jugalah kalau nak cepat sediakan makanan.
حذفwahhh ada yg instant.....kalau nak buat sendiri, pijah tumis rempah ratusnya (blendkan bawang merah putih udang kering) masukkan (kayumanis, bunga lawang& adik beradik), masukkan daging hiris nipis masukkan air biarkan mereneh, akhir sekali masukkan beras yg siap ditos....masak & kacau hingga likat.
ردحذفYa, saya pun baru tahu kak Mieja. Aww..sweetnya kak Mieja share resipinya. Terima kasih banyak-banyak Kak Mieja.
حذفBaru nk try tapi tak jadi lah, nak rajinkan diri tu yang payah kan
ردحذفBoleh je cuba kalau nak rasa. Mana tahu kena dengan selera kak Dana ke kan. Nak tunggu rajin tu macam lambattt lagi. huhu...
حذفLamanya tak makan bubur lambuk. Aidil Fitri tempoh hari dapatlah makan sikit waktu berbuka puasa di kampung. Itu pun sebab ada orang kampung munjung. Masak dan makan bubur lambuk ramai-ramai memang meriah. Aduuusss... teringat pula bubur lambuk Kampung Baru Kuala Lumpur, tempat lahir arwah ayah.
ردحذفBestnya dapat makan tu. Bukan selalu ada bubur lambuk ni. Kalau dapat makan rezeki sangat. Bubur lambuk ni kalau jenis masak ramai-ramai tu memang sedap biasanya kan. Rindu rasa nak makan bubur lambuk sedap yang ada dalam kenangan.
حذفSaya rinduuuuuu nak makan bubur lambuk ini. Selalu makan saat masih kuliah di Penang, tiap ramadhan. Banyak yg jual di kampus. Saya suka bubur ini sebab mirip dengan bubur kanji Rumbi Aceh. 😍.
ردحذفOh ada versi instannya ya kak. Coba nanti saya cari. Lumayan jugalah kalo rindu, bisa buat sendiri di rumah
Sedap kan bubur lambuk. Tapi tulah susah nak jumpa kalau diluar musimnya. Yang ada pada bulan Ramadan dan hari bubur asyura.
حذفAda, saya pun baru jumpa. Bolehlah buat lepas rindu nak makan bubur walaupun tak seakan sangat.