Masa berbuka di kampung haritu. Adik ipar dah siap pacak pelita raya di sekitar rumah di kampung. Kali ni macam lebih banyak pelita raya dan lebih meriah suasana raya nak raya. 

Orang kata malam 7 likur, tradisi orang dulu-dulu bila nak dekat sambut hari raya puasa. Pasang pelita ni hanya amalan tradisi sahaja. Tidak lebih dari itu. 

Sebelum masuk waktu Maghrib, dah siap-siap nyalakan pelitanya. Kalis air betul pelita raya ni, tengah hujan rintik-rintik pun tak padam api tu. Kebal ye kamu. Itu dah bagus. Kalau padam pun malam nanti kita nyalakan semula.

Pelita Raya

Lepas solat Maghrib keluar tengok pelita raya. Barulah terang diterangi pelita raya di sekeliling rumah. Anak-anak buah pun teruja. Tak sempat lah nak main bunga api.

Pelita Raya

Posing je lah berlatar belakang pelita raya rumah uwan. Seronok dapat pasang pelita di kampung ni. Suasana raya tu baru nampak meriah kalau pasang pelita. Lampu kelap kelip pun ada. Sekarang pun dah ada jenis solar. Lagilah jimat.

Pelita Raya

Di Kuala Kangsar ke mana entah di Perak memang meriah dengan pelita panjut. Macam-macam bentuk pelita panjut ada. Kita ni tak ada pelita panjut. Ada pelita macam ni pun dah cukup buat meriah dan buat ada-ada je.

Pelita Raya

Di Segamat dah tak pasang pelita. Letak pelita solar je. Pasang pelita ni mengingatkan nostalgia zaman budak-budak. Berebut nak pasang pelita lepas maghrib. Kadang tak dapat pun boleh buat gaduh. Kadang pasang ikut giliran. Seronoknya bila terkenangkan kenangan lama. Rindu zaman itu.