Selamat Hari Guru 2024, Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani

16 Mei merupakan tarikh Hari Guru yang disambut dan diraikan pada setiap tahun di Malaysia. Tahun ini, 2024 Hari Guru jatuh pada hari Khamis. Sempena sambutan Hari Guru ini, semestinya kita akan mengambil peluang ini untuk mendedikasikan ucapan kepada guru masing-masing.

Di bawah ini saya kongsikan contoh ucapan yang boleh digunakan untuk postingan kad ucapan/caption di media sosial.

TEMA HARI GURU 2024

Pada tahun ni, sambutan peringkat kebangsaan Hari guru membawa tema "GURU JAUHARI DIGITAL ASPIRASI NEGARA MADANI" bagi menyokong salah satu daripada 7 teras utama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), iaitu peningkatan keupayaan pendidikan digital di sekolah. 

Teras ini bertujuan untuk memastikan murid dapat menghadapi cabaran dunia digital dengan lebih baik. Dasar Pendidikan Digital (DPD) yang telah dilancarkan oleh YB Menteri Pendidikan pada 28 November 2023 bertujuan untuk melahirkan generasi fasih digital yang berdaya saing melalui peningkatan pengetahuan, kemahiran dan nilai pada diri murid, pendidik dan pemimpin pendidikan.


Selamat Hari Guru buat semua cikgu/guru yang telah banyak berjasa, berkorban demi mencurahkan ilmu kepada kita sehingga menjadi manusia yang berilmu dan berguna kepada agama, bangsa dan negara. Terima kasih pada guru sekalian. Jasamu pasti dikenang sampai bila-bila.