Semasa staycation di Staycation di Riverine Hotel & Suites, sempatlah kami jalan jalan cari makan malam di Restoran Abang Seafood Ikan Bakar, Telok Panglima Garang yang tak jauh dari hotel. Kami makan malam awal jam 6 lebih macam tu. 

Mulanya nak makan di Qidot atau Kampung Hills Eatery, lepas tu nak mengopi di Kopi Senget Cafe kononnya. Tapi itu semua rancangan yang tak menjadi. Sebabnya kami mengejar masa. Jadi, pergi malam di tempat terpaling dekat je lah.

Restoran Abang Seafood Ikan Bakar, Telok Panglima Garang
huruf A tak kelihatan, di sebalik tiang menyoroknya

Semasa kami sampai ada beberapa pelanggan lain yang tengah menjamu selera. Tak ramai. Eloklah tu, nanti cepat dapat pesanannya kan. Saya pesan air suam dan encik suami ais kosong.

Restoran Abang Seafood Ikan Bakar, Telok Panglima Garang
air masak for life

Untuk makanan, kami pesan nasi putih 2, kailan ikan masin dan ikan siakap bakar. Lupa pula nak cakap nasi separuh. Tapi disebabkan lapar, habiskan juga lah satu porsi pinggan nasi. hihi...

Restoran Abang Seafood Ikan Bakar, Telok Panglima Garang

Ikan siakap bakar dibakar dengan garam dan kunyit je. Dihidangkan dengan sambal asam dan sambal apa entah lagi satu tu. Macam sambal belacan tapi bukan, bukan juga sambal kicap. Walaupun dibakar ringkas macam tu, sedap cicah dengan kedua-dua sambal ni. 

Ikan pun tak hanyir dan dimasak elok. Tak menyesal pesan ikan siakap bakar. 

Restoran Abang Seafood Ikan Bakar, Telok Panglima Garang

Total semuanya, RM47. Berbaloi dengan harga dan rasa masakannya. Boleh datang makan lagi kalau datang lagi di sini. Rasanya salah satu tempat makan viral di sekitar Banting ni. Di belakang meja kami ada beberapa tempat makan berkonsepkan pondok. Menarik!

Tapi encik suami malas nak duduk bersila kalau makan di meja pondok tu. Jadi, kita duduk di meja kerusi biasa je lah. Terima kasih tuan masak, masak sedap-sedap.