Esoknya selepas majlis kahwin adik ipar, saya ada appointment doktor gigi di Klinik Pergigian Medissa Senawang untuk pasang pendakap gigi (braces). 

Mujur lah appointment selepas majlis. Kalau tidak, kena berpantang tak boleh makan macam-macam terutamanya daging! Dahlah masa kenduri lauk daging gulai sedap. 

Bermulah Perjalanan Dengan Pendakap Gigi (Braces)

Saya pilih Klinik Pergigian Medissa ni sebab sebelum ni pernah buat rawatan veneer di sini. Service bagus dan doktor pun buat kerja tak kasar. Yang paling penting, kurang sakit! Plus, klinik ni besar banyak kelengkapannya. Medissa ni pun banyak cawangannya.

Braces Journey

  • 27 April 2024
Datang ke klinik, jumpa doktor gigi dan consult. Lepas tu buat x-ray gigi tengok keadaan gigi. Ada sebatang gigi yang perlu ditampal. 
Harga consult dan x-ray : RM180

  • 4 Mei 2024
Buat rawatan tampalan gigi yang perlu ditampal. Daripada results x-ray, saya boleh pakai braces. Tapi dari x-ray tu doktor suspek macam ada lebihan gigi ke akar entah yang tak habis dicabut. Kurang jelas nampak dalam x-ray. Jadi next appointment kena cabut dan scan acuan. Belum boleh terus pakai braces lagi katanya. Okay, faham.
Harga tampalan gigi : RM100

  • 6 Mei 2024
Doktor tengok dari mata kasar macam tak ada lebih gigi dalam gusi tu. Lepas tu buat scan acuan gigi. Untuk confirmation, doktor suruh buat x-ray lagi. Dan bila jelas tak ada gigi tu, jadi boleh terus pakai braces hari tu. 

Harga untuk scan acuan : RM799 yang juga merupakan deposit untuk buat braces. Ada banyak pakej sebenarnya. Boleh pilih ikut bajet masing-masing. Untuk pakej yang ni, bulanan bayar RM100 lebih setiap kali appointment doktor.

Kira-kira anggaran kos dia lebih kurang RM4500 tak termasuk x-raya serta rawatan lain seperti tampal dan cabutan. Harapnya pakai 2-3 tahun je lah.

Bermulalah perjalanan hidup saya dengan pendakap gigi (braces). Saya pakai conversational braces yang pakai getah berwarna tu. Jenis moden tanpa getah tu harga dia keras sikit. Untuk bulan pertama ni saya pilih warna maroon.

Bermulah Perjalanan Dengan Pendakap Gigi (Braces)
selepas pakai braces, gambar sebelum lupa ambil

Gambar kena letak saiz kecil, insecure pula muka tanpa secalit foundation, bedak dan lipstik. Jumpa doktor haruslah tak pakai lipstik dan foundation. Risau pulak nanti melekat pada sarung tangan doktor nanti. Pakai pelembap je sudah.

Warna maroon yang agak popular sebab lambat bertukar warna katanya. Gigi pun nampak lebih putih dan sesuailah untuk perempuan kan. Appointment next month, kita tukar warna lain lah pula. Grey? hitam? teal? lavender? Nantikan...

Semasa pasang braces tak sakit pun. Cuma alat yang membuka mulut tu menyakitkan sikit. Proses pemakaian braces dekat 1 jam jugalah. Selepas pakai braces tu adalah rasa sakit sikit-sikit. Gusi macam berdenyut-denyut sikit. Tak boleh makan dan minum selama 2 jam.

Saya siap-siap beli bubur buat bekalan. Doktor tak bagi makan makanan keras selama 2 minggu. Matilanakkkk....auto kurus macam ni.

Syukurlah saya tak mengalami sakit yang melampau sampai pening kepala atau tak boleh tidur menahan sakit. Lain orang lain level kesakitan dia. Nak gigit tu memang ada rasa sakit. 

Memang terpaksa makan bubur je lah cerita dia. Selain bubur, boleh makan macaroni sebab lembut. Tak boleh mengunyah sangat. Makan bubur pun terus telan je.

Gigi saya sebenarnya dah senget bahagian tepi atas bawah sebab ada cabutan gigi yang tak digantikan dengan gigi palsu. Dari depan memang nampak elok je tersusun. Jadi bila ada gap tu dalam tempoh yang lama, gigi tu bergerak jadi senget. Nak mengunyah pun payah kadang.

Jadi, sebelum struktur gusi bertambah teruk. Baiklah kita tegakkan semula gigi dan buat gigi palsu lepas tu untuk mana yang dah cabut tu. Mujur juga cepat prosesnya dan tak banyak masalah gigi.

Klinik Medissa juga berikan kelengkapan untuk pembersihan gigi dan braces beserta ubat titis ulser. Kena tambah RM10. Boleh titis jika terjadi ulser. Mujurlah juga saya tak kena ulser. Harap tak berlaku lah. Nanti bertambah sakit pulak kan.

Bermulah Perjalanan Dengan Pendakap Gigi (Braces)
pamplet, floss, wax, mini brush, tooth brush, cermin, travel brush, hourglass tu accesories je

Saya juga beli portable water flosser untuk tambah kelengkapan yang ada. Lagi mudah guna water floss berbanding benang tu kan. Beli di Guardian, RM63 selepas diskaun ada sale.

Sekarang, nak bersihkan gigi ambil masa yang lama sikit daripada biasa. Tak boleh gosok gigi kuat-kuat, kena perlahan. Risau nanti tercabut bracket. Dah pakai braces ni kenalah jaga kebersihan gigi dengan lebih baik. Floss tu wajib! bukan hanya gosok gigi je.

Bermulah Perjalanan Dengan Pendakap Gigi (Braces)

So far sampai harini, okay je. Nak gigit tu je lah rasa sakit. Bertahan lah kita makan bubur je untuk 2 minggu ni. Bubur dengan sup ayam. Nak tambah bawang goreng ke ikan bilis goreng ke kena kisar halus baru boleh telan sebab tak payah mengunyah.

Berapa lama kena pakai tu bergantung pada keadaan gigi. Harapnya cepatlah progress pembaikkan dia. Appointment next month kita tengok macamana. Nak gigi sihat elok semula dan cantik, hadaplah kita dengan kesakitan sikit. Bak kata pepatah "Beauty Is Pain". 

Hilang kejap nikmat makan. Rindulah nak makan ulam-ulaman rangup tu. Ayam, daging memang tolak tepi dah. Sekarang officially bergigi besi. 

Sebelum bercita-cita nak pakai braces, pastikan dah kuat dari segi mental sebab akan rasa sakit. Sakit banyak atau sikit bergantung pada pain tolerance masing-masing. Bersedia dengan segala pantang larang tak boleh makan itu ini. 

Setiap klinik harga dia berbeza. Jika rajin, boleh survey. Ada yang deposit rendah, tapi bulanan tinggi. Ada yang deposit tinggi dan bulanan rendah. Ikut bajet masing-masing. Tapi pastikan klinik tu dekat dengan rumah sebab kita perlukan komitmen untuk pergi appointment di klinik tu setiap bulan.