Raya-raya pun nak hiking ke? Ye, dah sebulan cuti puasa kan. Lepas tu raya melantak macam-macam masuk perut. Kena insaf awal. Takut lupa diri pula. Konon nak hiking Bukit Taisho, memburu awan karpet selepas gagal memburu awan karpet di Bukit Senaling sebelum puasa haritu.

Tapi dah balik Seremban, tak ada lah patah semula ke Bahau. Lainlah kalau masih lagi di Pilah. Taknak lah hadap jem Seremban-Pilah tu haa. Nak hiking Gunung Angsi pun malas, takut jem juga tu nanti. Jadi, hiking dekat-dekat rumah je sudah. Kira warm up je lah dulu.

Jomlah kita hiking Bukit Kepayang untuk kali kedua. Mulakan bulan April dengan hiking Bukit Kepayang. Teruskan misi hiking setiap bulan, sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Harap tak gagal lah.

Hiking Bukit Kepayang
8:00 am

Kami hiking lewat sikit. Mula hiking jam 8:00 pagi. Cuaca pun macam dah mula panas.

Musim raya ni tak ramai pun orang hiking. Macam biasa, meriah dengan kaum Cina. Mereka memang rajin hiking di sini. Mungkin ada aktiviti Tai Chi kat atas bukit nun. Baguskan mereka jaga kesihatan beriadah. Kuatkan kaki dan jantung.

Kali ni laju sikit berjalan ikut jalan tar ni dan tak banyak ambil gambar. Jadi, tak banyaklah berhentinya pun. Tak pewai orang kata.

Awal-awal kita layan trek mendaki ni sikit. Sikit je.

Hiking Bukit Kepayang
8:05am

Kalau penat, boleh rehat duduk di bangku yang disediakan. 

Hiking Bukit Kepayang
8:05am

Kami tak berhenti dan teruskan perjalanan. Kali ni kami ikut laluan sebelah kanan. Sebelum ni ikut laluan sebelah kiri yang agak pacak tu.


Hiking Bukit Kepayang
8:07am

Laluan ni adalah laluan mudah dan landai. Boleh jalan-jalan santai. Nak berlari pun, silakan.

Hiking Bukit Kepayang
8:08am

Berjalan lebih kurang 3 minit macam tu dah nampak laluan terang, kemudian kami belok ke kiri.

Hiking Bukit Kepayang
8:11am

Laluan mendaki ni tak pacak. Jalan macam naik tangga gitu.

Hiking Bukit Kepayang
8:15am

Tahu-tahu dah sampai puncak dah. Lahh..kejap je ikut laluan yang ni. 

Hiking Bukit Kepayang
8:18am

Laluan ni akan keluar di kawasan yang ada basikal ni. Kalau ke kiri akan ke puncak sebenar yang ada tokong tu. 

Hiking Bukit Kepayang
8:18am

Kami terus ke kanan ke puncak Bukit Kepayang yang ada papan tanda kayu tu.

Hiking Bukit Kepayang
8:19am

Kalau dah sampai laluan berbatu-batu ni maknanya nak sampai puncak dah tu. Berhenti bergambar kejap.

Hiking Bukit Kepayang
8:20am

Okay sampai dah kita di puncak Bukit Kepayang. Ambil masa lebih kurang 20 minit lebih untuk sampai ke puncak. Kalau tak berhenti ambil gambar, tak ambil masa lama lah. Kalau berlari, lagi cepat sampai.

Layan dulu jamu mata dengan permandangan dari atas bukit sementara menunggu orang ambil gambar di port wajib bergambar atas Bukit Kepayang.

Hiking Bukit Kepayang
8:23am

Mereka tak siap lagi bergambar, kita potretkan dulu permandangan matahari yang tengah naik ni. Terik betul. Tak mampu nak membesarkan mata ni ha.

Hiking Bukit Kepayang
8:25am

Mereka dah beredar, jomlah kita ambil giliran dan ambil gambar cepat-cepat. Malas nak berleha-leha lagi atas bukit ni sebab matahari tengah naik kan. Panas boleh tahan walaupun belum tengahari lagi. 

Hiking Bukit Kepayang
8:27am

Rehat kejap je sementara tunggu giliran bergambar. Tak makan atau tak minum air sebab tak rasa dahaga atau lapar. Sebelum hiking tadi dah makan energy bar.

Jam 8:28 terus turun. Sampai bawah jam 8:52am. Tak sampai 1 jam turun dan naik. Kira okaylah untuk hiking santai-santai warm up sebelum hiking seterusnya. 

Hiking Bukit Kepayang

Fuhh..puas hati dapat membakar kalori. Walaupun tak banyak tapi bermakna. Kira berbaloilah juga.