Lepas tarawih macam nak makan sesuatu lah pula. Terasa nak minum kopi pun ye. Teringat pula biras saya pernah cakap iced watermelon latte Zus Coffee sedap. Macam pelik bukan? Perisa tembikai dengan kopi, macam tak kena? Bila dah cakap sedap, kita pun rasa macam nak cubalah.

Jadi, moreh Zus Coffee lah kita!

Moreh
Jamuan di masjid/ surau dalam bulan puasa Ramadan selepas tarawih.

Saya pilih iced watermelon latte dan encik suami pilih Cheese creme strawberry frappe. Dah pesan air, tak kan tak ada makan-makan. Tambah Korean Mac & Cheese dan Spaghetti Carbonara. Penghantaran dari Foodpanda.

Bagus ye packaging delivery Zus Coffee ni, seal elok. Sebenarnya ini pertama kali beli Zus Coffee menggunakan perkhidmatan penghantaran. Selama ni membeli kopi je pernah, itu pun terus membeli di kedai.

Moreh Dengan Zus Coffee

Semuanya diterima dalam keadaan baik. Tak ada yang tumpah dan tiada kerosakan. Terima kasih rider bawa pesanan dengan berhemah.

Moreh Dengan Zus Coffee

Iced watermelon latte

Rasa kopi latte yang sedap, hujung-hujung baru terasa tembikai tu. Rasa yang tak pelik pun. Sedap!

Cheese creme strawberry frappe

Minuman yang menyegarkan tekak tapi agak manis sikit lah bagi saya. Kalau ada strawberry jem yang fresh mungkin lagi sedap macam strawberry milkshake Senalingbucks.

Moreh Dengan Zus Coffee

Spaghetti carbonara

Agak mengecewakan sikit sebab terlalu kering. Panas pun tak panas sangat. Suam-suam je. Bila gaulkan pun dia macam tak blend sangat. Porsi okay cuma rencahnya tak berapa nak meriah. Nampak macam sosej je ada dan taburan parsley. 

Kalau nak buat rasa-rasa okaylah kot. Chicken & Mushroom Spaghetti CBTL juga yang win. Mahal sikit tapi sedap Tapi tu lah menu tu dah discountinued.

Moreh Dengan Zus Coffee

Korean Mac & Cheese

Hidangan ni agak kena juga dengan selera. Ada rasa pedas tu taklah rasa muak sangat. Cuma ada macaroni yang agak keras sikit, bahagian atas. Mungkin sebab dipanaskan, bukan sebab tak masak. Rasa ngam dah. Sedap juga.

Makanan sebegini dia akan jadi sedap kalau kita makan di kedai. Kalau take away rasa dia berkurang sikit lah. 

Antara menu di atas, bolehlah repeat iced watermelon latte dan mac & cheese. Sempena Ramadan ni ada beberapa cawangan yang buka sehingga awal pagi. Kot teringin bolehlah membeli untuk sahur.