Selesai urusan derma darah, encik suami nak belanja kopi sempena saya berjaya dan beraninya menderma darah. Mulanya dia nak belanja kopi signature mesra latte. Tapi saya nak Hazelnut latte Kenangan Coffee lah sebab kopi mesra cafe tu baru je minum baru-baru ni.

Tekak rasa nak minum hazelnut latte Kenangan Coffee. Jomlah kita ke Seremban Gateway. Situlah paling dekat dari AEON Seremban 2. 

Hazelnut Latte Panas Dan Matcha Latte Kenangan Coffee Yang Tersedap

Sementara encik suami pesan hazelnut latte panas dan matcha latte, kita ambil gambar dulu. Matcha latte tu macam menarik pula kat banner tu. Rasa teringin juga mencuba. Pesan pada encik suami order sekalilah.

Hazelnut Latte Panas Dan Matcha Latte Kenangan Coffee Yang Tersedap

Kenangan Coffee di Seremban Gateway ni ada ruang kecil untuk menunggu atau minum di sini. Dia tak ada ruang besar untuk minum lepak kopi-kopi beramai-ramai. Ruang kecil yang muat 3-4 orang sebaris dengan 2 meja bulat yang kecil.

Hazelnut Latte Panas Dan Matcha Latte Kenangan Coffee Yang Tersedap

Bila tak ada orang, barulah dapat duduk disini. Bila nama dipanggil, barulah kita ambil apa yang dipesan tadi. Ambil gambar terus di kaunter. Lepas dah ambil gambar baru perasan logo dia senget ke kiri pula. Lantaklah situ, janji ada gambar.

Hazelnut Latte Panas Dan Matcha Latte Kenangan Coffee Yang Tersedap

Hazelnut latte tu macam biasalah sedap, sebab tu pesan yang sama je. Tapi kan matcha latte dia sedap nak mati! kalah S tu ha. Dia punya pekat matcha memang win lah. Saya suka! Peminat matcha latte, jangan lupa cuba nanti.

Selain hazelnut latte, lepas ni kita ulang pesan matcha latte juga. hikhik...Terima kasih encik suami!

  • Hazelnut latte HOT (cup L), RM12.17
  • Matcha latte COLD (cup L), RM15.00