Jangan bayangkan hantu yang menakutkan bila baca tajuk tu ye. Salah salah. Hantu (baca : peminat tegar). Sejak jumpa ulam daun tenggek burung yang didambakan setelah sekian lama, setiap minggu mesti beli stok.

Ingatkan susah nak cari. Rupanya ada banyak je stok di kedai jual sayur dalam Kipmart Lavender Height tu haa...Hari-hari kita dapat makan ulam tenggek burung. Yang tahu je tahu betapa nikmatnya makan ulam tenggek burung ni.

Pula tu lama tak makan kan. Memang beria sungguhlah makan ulam. Tak jemu ke? Haa setakat ni belum jumpa lagi jemu tu. Mula-mula beli seikat buat rasa-rasa. Lepas tu beli 3 ikat untuk seminggu. 

Ulam Daun Tenggek Burung

Minggu baru ni beli 4 ikat pula. Encik suami suruh ambil 5 ikat. Tapi tengok banyak daun tua-tua, jadi ambil 4 je lah. Nanti beli lagi. Jangan tamak sangat boleh tak?

Biasanya bertahan 5 hari je untuk makan tengahari dan malam. Senang tak payah nak masak sayur buat masa ni. Kena makan dengan ikan goreng dan sambal baru kena.

Suka dengan rasa kelat pahit masam lemak daun ulam tenggek burung ni. Yang tak biasa makan ulam, tak pastilah boleh terima ke tidak. Cara saya makan, kena makan sekali dengan nasi, ikan goreng dan sambal. Baru ngam rasa dia. Kalau makan begitu je macam kurang sedap lah pula.

Lagi satu, dapat daun muda tu sedap sikit berbanding daun tua. Daun tua macam keras sikit. Nak harap kan pucuk semata-mata macam payah je.

Nampaknya kena cari anak pokok tenggek burung, boleh tanam kat kampung. Senang ada stok unlimited. Kann...