Selamat Hari Sukan Negara 2023 (HSN2023) Malaysia! Hari Sukan Negara 2023 tahun ini jatuh pada hari Sabtu, 14 Oktober 2023 yang disambut pada minggu kedua bulan Oktober setiap tahun.

Sempena sambutan Hari Sukan Negara sudah tentulah dipenuhi dengan aktiviti sukan yang menarik. Sambutan HSN2023 diadakan di setiap negeri seluruh Malaysia, boleh semak senarai lokasi dan jadual di peringkat kebangsaan dan negeri yang berhampiran dengan lokasi masing-masing.

baca juga
Senarai kokasi dan jadual sambutan Hari Sukan Negara 2023 Malaysia peringkat kebangsaan dan Negeri

Selamat Hari Sukan Negara 2023 (HSN2023) Malaysia
kita throwback je lah dulu ye. Nak kena seru semangat hiking datang semula ni

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah menganjurkan pelbagai program dan aktiviti sukan dan rekreasi di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan bermula 13 hingga 15 Oktober 2023.

Hari Sukan Negara bertujuan merakyatkan dan membudayakan sukan sejak penganjurannya pada 2015. Dan tema Hari Sukan Negara 2023 ialah #FitMalaysia. Jom bersukan dan amalkan gaya hidup sihat. Majulah sukan untuk negara!

Cakap pasal sukan, Tahniah Skuad Harimau Malaya layak ke pentas akhir Pestabola Merdeka 2023 selepas menang 4 - 2 menentang Skuad The Blue Tigers, India malam tadi.


Pasukan Malaysia akan menentang pasukan Tajikistan pada 17 Oktober 2023, hari Selasa di Stadium Nasional Bukit Jalil Kuala Lumpur.

Sempena sambutan Hari Sukan Negara 2023, banyak aktiviti run dijalankan. Maka, banyak juga jalan yang akan ditutup. Harap maklum.