Sedang makan kek birthday anak buah, adik ipar pun bersuara " Tu ada amplang". Macam pernah dengar amplang. Apa ek? Rupanya sejenis cemilan. Atau yang biasa kita sebut, kudapan. Sejenis keropok lah senang faham.

Amplang ini sejenis sejenis makanan ringan berasaskan ikan yang merupakan salah satu makanan tradisional yang popular di Sabah terutama di Tawau. Ia merupakan keropok yang diperbuat daripada ikan

Amplang ini berasaskan ikan, berbentuk bulat dan berwarna putih. Apabila diperisakan dia akan menjadi warna lain. Contohnya seperti sotong perisa kari, amplang akan menjadi warna kemerahan macam dalam gambar.

Amplang Sotong Berperisa Kari Dari Sabah

Amplang sotong berperisa kari maksudnya keropok ikan perisa sotong kari lah kan? Bukan keropok sotong perisa kari? sebabnya amplang ni berasaskan ikan sahaja bukan?

Amplang sotong berperisa kari ni sedap. Keropoknya rangup disaluti taburan bijan dan perisa sotong kari buat lagi sedap. Pertama kali rasa amplang ni sebenarnya. Amplang ni cemilan terkenal di Sabah. Cemilan wajib beli kalau ke Sabah katanya.

Ini pun sepupu encik suami bagi mak mentua di kampung. Dia baru balik bercuti di Sabah. Dalam hari yang sama tu, kami balik kampung dapatlah juga merasa. Dapat jugalah buat bekalan balik rumah mak bagi.