Berakhirlah sudah bulan Jun menandakan kita telah melalui setengah tahun 2023. Marilah kita melangkah ke muka surat baru bab baru, bulan Julai 2023. Tahu-tahu dah sampai bulan Julai dah.
Bulan Julai umat Islam akan menyambut Awal Muharram atau Maal Hijrah pada hari Rabu, 19 Julai 2023. Cuti umum bolehlah merancang cuti-cuti. Rasanya macam lama tak bercuti kemana-mana. Otak macam dah tepu pula.
Nak pergi bercuti mencari vitamin sea. Dapat bilik seaview pun okay dah. Nak menikmati permandangan laut, acah-acah healing kononnya. Hotel mana yang ada seaview menarik ye di Port Dickson dan Melaka. Malas nak pergi jauh, dekat-dekat je sudah. Cepat sikit sampainya.
Apa-apa pun semoga dapat melalui Bulan Julai dengan tenang dan semoga yang baik-baik di bulan Julai ni.

Don't force yourself to blend in when you were born
to stand out. Know your worth
Cuti umum/ Public holidays Julai 2023
7 Julai (Jumaat) – Hari Bandar Warisan Dunia Georgetown (Pulau Pinang)8 Julai (Sabtu) – Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang (Pulau Pinang)
19 Julai (Rabu) – Awal Muharram (Cuti Umum)
22 Julai (Sabtu) – Hari Sarawak (Sarawak)
30 Julai (Ahad) – Hari Keputeraan Sultan Pahang
2 Julai (Ahad) – Sambutan Hari UFO Sedunia (World UFO Day)
11 Julai (Selasa) – Sambutan Hari Populasi Sedunia (World Population Day)
29 Julai (Sabtu) – Sambutan Hari Harimau Antarabangsa (International Tiger Day)
4 Comments
kejab je dah masuk julai dah.. moga yg baik2 saja utk kita semua
ReplyDeleteItulah tu. Cepat saja masa berlalu.
DeleteAamiin...
Selamat datang Julai.
ReplyDeleteMoga yang baik-baik sahaja akan ditemui sepanjang bulan ini.
Harap begitu juga. Aamiin...
Delete