Drama Imam Instant Ustazah Scammer gandingan lakonan Hun Haqeem dan Mira Filzah mula bersiaran pada 5 Mac 2023 setiap hari Ahad pukul 9:00 malam di Astro Ria dan Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel. 

Imam Instant Ustazah Scammer, sebuah drama siri terbaru Zeel Production di bawah arahan Hadith Omar.

DRAMA IMAM INSTANT USTAZAH SCAMMER

Jumlah episod : 9
Mula siaran : 5 Mac 2023
Waktu Siaran : Ahad, pukul 9:00 malam
Siaran TV : Asto Ria / Astro Go
Cerita asal : Amar Amir
Pengarah : Hadith Omar
Produks i: Zeel Production Sdn. Bhd.

drama imam instant ustazah scammer astro ria

PELAKON DAN WATAK

  • Mira Filzah sebagai Effa
  • Hun Haqeem sebagai Imam Asyraf
  • Mierul Aiman
  • Rozita Che Wan
  • Dato Jalaludin Hassan
  • Azza Elite

SINOPSIS DRAMA IMAM INSTANT USTAZAH SCAMMER

Demi membayar hutang, Effa sanggup menyamar menjadi ustazah dan menipu tentang latar belakangnya. Namun, kerana asyik dikejar ahlong, dia nekad melarikan diri ke Kampung Ramadan dan bertemu dengan Imam Asyraf, seorang influencer yang viral kerana alunan suara ketika mengajinya yang cukup merdu. 

Imam Asyraf telah dilantik oleh Tok Jamlus untuk menjadi imam sepanjang tarawikh Ramadan ini. Kehadiran Effa ke kampung itu membuatkan Asyraf mula mengesyaki sesuatu.