Sejak viral ayam kicap 3 budak gemok, melekat terus nama tu ye sampai sekarang. Cuma hype dia dah kurang dah. Tapi masih sedap untuk dinikmati. Asal masak ayam kicap mesti nak gandingkan dengan timun jepun rangup dan sambal geprek.

Tak sah kalau tak ada gandingan dua tu. Ayam kicap kan rasa dia manis kicap gitu sesuailah dikawankan dengan sambal geprek yang pedas.

Hidangkan dengan timun jepun yang rangup. Sedap cicah dengan sambal geprek untuk pempedas macam kami. Senang juga hidangan begini, tak perlu nak menumis sayur. Timun sebagai ulaman pun dah cukup dah.

Ayam Kicap 3 Budak Gemok

Ayam kicap 3 budak gemok ni antara menu berbuka puasa yang rajin saya buat. Cara masak ayam 3 budak gemok ni mudah je. Boleh tengok resipi ayam kicap 3 budak gemok dalam entry yang lepas. Nak lagi senang kena sediakan stok sambal geprek siap-siap. Lagi mudah kerja nak menyediakan hidangan berbuka.

Kalau masak ayam kicap suka letak hirisan bawang lebih sikit. Letak semasa menumis dan dihujung-hujung masakan. Hirisan bawang ni kita boleh jadikan lauk juga. Bukan sekadar hiasan.