14 Februari adalah Hari Memperingati Kekasih yang dipanggil Hari Kekasih atau Valentine's day. Hari Kekasih ialah sambutan tahunan yang untuk meraikan kasih sayang sesama kekasih yang disambut oleh mereka yang bukan Islam.


Bila ada sebarang perayaan, sudah pasti shopping mall akan meriah dengan dekorasi sambutan hari tersebut. Haritu jalan-jalan di MyTown Shopping Centre terpandang dekorasi Valentine's Day serba merah jambu yang cukup meriah dengan bunga Sakura dan love.

Dekorasi Valentines Day

Tak lepaskan peluang kita ambillah gambar sekeping dua. Pantang nampak warna merah jambu, sakura dan love. Cepat je mata tu terpaku disitu. Boleh jadi port bergambar mereka yang menyambut Valentine's day.

Dekorasi Valentines Day

Valentine's day ni biasanya harga bunga mahal-mahal. Selain tu, ada sesetengah shopping mall atau cafe buat promo sempena Valentine's day.